Alhamdulillah... Setelah seminggu cuti dan bertungkus lumus mahu mengubah wajah Siber 5 akhirnya jelas tercapai impian.
Matlamat Betterment n Empowerment 2022 utk Siber 5 dari aspek fasilit dan prasarana akan terua dipertingkatkan dari masa ke semasa. Segala usaha dan penat lelah srta wang ringgit yang dibelanjakan harapnya dapat diberikan imbalan baik oleh Allah SWT.
Bukan bertujuan mahu menunjuk tetapi lebih kepada kepuasan diri. Seronok jika ada pasukan yang boleh bersatu hati tetapi hal ini semestinya mustahil di sini maka abaikan sajalah. Buat seorang diri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Jika ada yg menghulur kita terima sebagai tanda terima kasih atas kesudian membantu.
Kali ini Makmal Siber 5 berubah wajah menjadi lebih kemas dan terampil. Adakah Siber 5 bakal menjadi tumpuan venue event kecil kecilan Jabatan Teknologi Maklumat KVPJB. Matlamat utama adalah memenuhi tuntutan EKSA dan NIOSH bagi ekosistem yg kondusif dan selamat.
Juga matlamat serampang dua mata adalah menjadikan Siber 5 sebagai favourite venue untuk event² kecil JTM KVPJB. Untuk handle event besar Siber 4 masih lagi keutamaan kerana faktor saiz.
No comments:
Post a Comment