Sebelum menamatkan suku terakhir tahun 2022 ini aku meletakan dua sandaran bagi sijil profesional iaitu VTO pada bulan September ini dengan harapan LULUS temuduga pada Khamis ini bersamaan 22/09/2022.
Mengharapkan keajaiban berlaku dan tuah kurniaan Allah SWT. Semoga dipermudahkan urusan aku. Sehingga setakat ini peesediaan dan persiapan aku adalah 80% untuk melangkah di hari hari menuju 22/09/22 ini. Moga dipermudahkan segala urusanku pada kursus kali ini.
Manakala satu lagi adalah persiapan dan persediaan untuk memohon Profesional Technologist (Ts.). Setakat ini aku belum melakukan apa apa persediaan melainkan pra persediaan permohonan sahaja.
InshaaAllah aku akan cuba memanfaatkan pengalaman yang telah dan sedang dilalui pada tahun tahun sebelum ini bermula dengan kursus SKM T3 COMPUTER NETWORK SERVICES pada 2020, SKM T3 WEB APPLICATIONS pada awal 2021 dan INDUKSI PP PPD PPB pada 2021.
Kali ini SKM T3 VOCATIONAL TRAINING OPERATION pada 2022 pula sedang diusahakan. Moga kesemuanya LULUS dengan jayanya. Paling menarik perhatian aku adalah matlamat meneruskan impian untuk menggapai Ts pada penghujung 2023 selewatnya dan seawalnya permohonan pada penghujung 2022.
2023 juga aku meletakan sasaran untuk melalui LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI sebagai satu lagi karier development dalam laluan kemahiran sebagai add ons sekiranya suatu hari nanti aku ingin melebarkan sayap luar dari kerjaya sekarang ini. InshaaAllah.
Mudahan dipermudahkan segala urusan kita semua.
No comments:
Post a Comment