Back on track!!!
Semua perjalanan yang dilalui harus punyai matlamat yang jelas dan tekal. Dalam dunia perkhidmatan sebagai guru novis memang aku tidak mampu menyangkal lagi keadaan semasa yang sentiasa mencabar dari masa ke semasa. Tambahan lagi ketika pandemik meletus, budaya dan cara bekerja berubah dengan drastik. 'Culture Shock' yang berlaku menyebab segala proses kerja dalam fasa ataupun mood tertekan.
Tidak terlepas dari ruang lingkung ini juga adalah aku sendiri. Dia punya surrrrrr level masalah tu tahap gaban beb. Tapi mujurlah kita keep our mental health pada par yang baik. Memang ada masa yg sangat menekan sampai rasa burnout tapi aku tetap berterima kasih kepada pengalaman dalam latihan PALAPES UPSI dulu. Terima kasih atas segala bentuk didikan dan dorongan yang diberikan. Tekanan demi tekanan dapat diserap. Walaupun sekarang ini berada dalam situasi yang agak toksik, mujur ketahanan mental berjaya mengawal keadaan.
Ada satu tahap hampir rasa nak meletup dengan perangai musibat orang keliling tapi aku bertahan dan menyerap semua negativiti berkenaan. Baiklah. Ayuh lupakan semua drama sinetron ini!!! 💪💪💪
Harus tetap semangat!!!
Kita fokus pada segala usaha untuk unlock new achievements.
2016 - Tak ada apa yg menarik pun. Memulakan kerjaya dengan tempo yang biasa biasa sahaja.
2017 - mula terbabit sedikit demi sedikit dengan usaha pembangunan kurikulum di peringkat LPM
2018 - terus menerus terbabit dengan kerjasama dengan LPM. banyak belajar tentang sistem yg aku sangat tak faham iaitu KV.
2019 - pace masih sama seperti biasa. Berusaha utk mendapatkan kelayakan2 tertentu tapi tu lah bukan semua hadir dengan bergolek.
2020 - alhamdulillah rezeki berpindag di tempat baru walaupun kehadiran seperti tidak dialukan dan dihargai. Aku just mcm biasa. Sikit pun tak kesah. 🤣 sebab tempat ni utk transit jer.
2020 - berjaya selesaikan selesaikan SKM TAHAP 3 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER walaupun dengan duit poket sendiri mencecah RM3K utk segala urusan dan proses dan perjalanan.
2021 - berjaya selesaikan SKM TAHAP 3 PEMBANGUNAN APLIKASI. Tapi kali ni ditanggung BPLTV. So, aku tak rasa bebanan sangat menanggung.
2022 - berjaya selesaikan Induksi JPK. Menunggu untuk dipanggil kursus sejak 2018 lagi.. Sedih kot tapi selesai semuanya. Alhamdulillah.
Jun 2022 - sekarang sedang berusaha untuk memohon VTO pula... Ini pun sebuah penantian lama sedari 2018 lagi. Aku dpt rasakan sistem ini tidak menghargai sgt para pensyarah sebab tu banyak miss out. Tapi tak mengapa. Sekarang aku perlu selesaikan portfolio VTO sedikit demi sedikit sebab berharap LULUS pada first attempt. Aku tak suka buat kerja ulang². Doa doakanlah ya. Harap selesai dalam Julai lah.
Julai 2022 - Misi untuk mendapatkan title Profesional Technologist (Ts.) pula. Pada awalnya aku nak mencuba pada tahun 2023 tapi memandangkan beberapa faktor pembangunan dan branding diri. Maka aku perlu paksa diri untuk selesaikan pada 2022. Moga berjayalah hendakNya agar dapat digunakan kepakarana yang diiktiraf ini bermula pada tahun 2023.
2023 - Misi untuk mendapatkan SKM TAHAP 4 PEMBANGUNAN APLIKASI
2024 - Misi untuk kenaikan pangkat (GRED 44).
2025 - Misi untuk pulang berkhidmat di Taiping, Perak.
---------------------------------------------------------------------
Satu demi satu pencapaian yang tak pernah diharap datang dan sangat menggembirakan. Semuanya sedang berlaku dengan baik.
******************************************
TARGET DALAM KARIER JIKA TERUS BERADA DALAM LALUAN KV
******************************************
SKM 3 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER ✅
SKM 3 PAMBANGUNAN APLIKASI ✅
INDUKSI ✅
VOCATIONAL TRAINING OFFICER (VTO) ⭕
PROFESIONAL TECHNOLOGIST (Ts.) ⭕
SKM 4 PEMBANGUNAN APLIKASI ⭕
SKM 4 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER ⭕
SKM 5 PEMBANGUNAN APLIKASI ⭕
SKM 5 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER ⭕
Harapnya dapatlah peak point tu iaitu Ts.
Dah dapat Ts tu dah boleh abaikan 4 yg terakhir tu. Bukan abaikan terus. Maksudnya yg lagi 4 itu adalah optional utk diteruskan.
Well Fahmi Ruzaini @ Monofaru Miji... All the best. Semoga Allah mempermudahkan urusan utk menuju VTO dan Ts.
Ini merupakan branding terbaik utk diri aku kalau berjaya disempurnakan. Capai je PEAK POINT ni. Aku dah boleh fokus pada usaha usaha lain pula. InshaaAllah. Demi lencana di baju. 🤣🤣🤣🤣
No comments:
Post a Comment