Monday, September 26, 2022

RTTs

 Bismillah...

Alhamdulillah.. selesai untuk minggu lepas yang sangat mendebarkan. Kursus VTO telah pun selesai dengan jayanya di KV Kluang. Maka, akhirnya lengkaplah portfolio aku sebagai seorang tenaga pengajar di dalam sistem sistem TVET. 

Untuk menjadi seorang TP yang kompeten adalah memenuhi syarat asas iaitu mempunyai 

1. Induksi PP-PPD-PPB

2. Vocational Training Operation (VTO)

3. Sijil Kemahiran Malaysia 

Tiga asas diatas ini adalah sesuatu yang perlu bagi seorang TP dalam sistem TVET.


Syukur aku telah berjaya memiliki kesemua diatas. alhamdulillah.

Induksi PP-PPD-PPB DONE!

Vocational Training Operation (VTO) DONE!

SKM L3 Computer Network Services DONE!

SKM L3 Web Application DONE!

next... aku sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa lagi kelayakan dalam sistem TVET antaranya ialah 

1. Profesional Technologist (Ptech) atau dikenali juga dengan title Ts.

2. SKM L4 Web Application 

3. Induksi PPL

4. TVET Instructor L4 (bagi menggantikan VTO L3)


Juga dalam masa yang sama aku nak dapatkan beberapa sijil profesional dari mana mana badan yang berkaitan IT. InshaaAllah.


Monday, September 19, 2022

Embracing 2023

 Sebelum menamatkan suku terakhir tahun 2022 ini aku meletakan dua sandaran bagi sijil profesional iaitu VTO pada bulan September ini dengan harapan LULUS temuduga pada Khamis ini bersamaan 22/09/2022.

Mengharapkan keajaiban berlaku dan tuah kurniaan Allah SWT. Semoga dipermudahkan urusan aku. Sehingga setakat ini peesediaan dan persiapan aku adalah 80% untuk melangkah di hari hari menuju 22/09/22 ini. Moga dipermudahkan segala urusanku pada kursus kali ini. 

Manakala satu lagi adalah persiapan dan persediaan untuk memohon Profesional Technologist (Ts.). Setakat ini aku belum melakukan apa apa persediaan melainkan pra persediaan permohonan sahaja. 

InshaaAllah aku akan cuba memanfaatkan pengalaman yang telah dan sedang dilalui pada tahun tahun sebelum ini bermula dengan kursus SKM T3 COMPUTER NETWORK SERVICES pada 2020, SKM T3 WEB APPLICATIONS pada awal 2021 dan INDUKSI  PP PPD PPB pada 2021. 

Kali ini SKM T3 VOCATIONAL TRAINING OPERATION pada 2022 pula sedang diusahakan. Moga kesemuanya LULUS dengan jayanya. Paling menarik perhatian aku adalah matlamat meneruskan impian untuk menggapai Ts pada penghujung 2023 selewatnya dan seawalnya permohonan pada penghujung 2022.

2023 juga aku meletakan sasaran untuk melalui LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI sebagai satu lagi karier development dalam laluan kemahiran sebagai add ons sekiranya suatu hari nanti aku ingin melebarkan sayap luar dari kerjaya sekarang ini. InshaaAllah. 

Mudahan dipermudahkan segala urusan kita semua. 

Thursday, June 30, 2022

CYBER 5

 Alhamdulillah... Setelah seminggu cuti dan bertungkus lumus mahu mengubah wajah Siber 5 akhirnya jelas tercapai impian. 

Matlamat Betterment n Empowerment 2022 utk Siber 5 dari aspek fasilit dan prasarana akan terua dipertingkatkan dari masa ke semasa. Segala usaha dan penat lelah srta wang ringgit yang dibelanjakan harapnya dapat diberikan imbalan baik oleh Allah SWT. 

Bukan bertujuan mahu menunjuk tetapi lebih kepada kepuasan diri. Seronok jika ada pasukan yang boleh bersatu hati tetapi hal ini semestinya mustahil di sini maka abaikan sajalah. Buat seorang diri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Jika ada yg menghulur kita terima sebagai tanda terima kasih atas kesudian membantu. 

Kali ini Makmal Siber 5 berubah wajah menjadi lebih kemas dan terampil. Adakah Siber 5 bakal menjadi tumpuan venue event kecil kecilan Jabatan Teknologi Maklumat KVPJB.  Matlamat utama adalah memenuhi tuntutan EKSA dan NIOSH bagi ekosistem yg kondusif dan selamat. 

Juga matlamat serampang dua mata adalah menjadikan Siber 5 sebagai favourite venue untuk event² kecil JTM KVPJB. Untuk handle event besar Siber 4 masih lagi keutamaan kerana faktor saiz. 

Friday, June 24, 2022

Unlocking New Achievements

Back on track!!!

Semua perjalanan yang dilalui harus punyai matlamat yang jelas dan tekal. Dalam dunia perkhidmatan sebagai guru novis memang aku tidak mampu menyangkal lagi keadaan semasa yang sentiasa mencabar dari masa ke semasa. Tambahan lagi ketika pandemik meletus, budaya dan cara bekerja berubah dengan drastik. 'Culture Shock' yang berlaku menyebab segala proses kerja dalam fasa ataupun mood tertekan. 

Tidak terlepas dari ruang lingkung ini juga adalah aku sendiri. Dia punya surrrrrr level masalah tu tahap gaban beb. Tapi mujurlah kita keep our mental health pada par yang baik. Memang ada masa yg sangat menekan sampai rasa burnout tapi aku tetap berterima kasih kepada pengalaman dalam latihan PALAPES UPSI dulu. Terima kasih atas segala bentuk didikan dan dorongan yang diberikan. Tekanan demi tekanan dapat diserap. Walaupun sekarang ini berada dalam situasi yang agak toksik, mujur ketahanan mental berjaya mengawal keadaan. 

Ada satu tahap hampir rasa nak meletup dengan perangai musibat orang keliling tapi aku bertahan dan menyerap semua negativiti berkenaan. Baiklah. Ayuh lupakan semua drama sinetron ini!!! 💪💪💪

Harus tetap semangat!!!

Kita fokus pada segala usaha untuk unlock new achievements. 

2016 - Tak ada apa yg menarik pun. Memulakan kerjaya dengan tempo yang biasa biasa sahaja. 

2017 - mula terbabit sedikit demi sedikit dengan usaha pembangunan kurikulum di peringkat LPM

2018 - terus menerus terbabit dengan kerjasama dengan LPM. banyak belajar tentang sistem yg aku sangat tak faham iaitu KV. 

2019 - pace masih sama seperti biasa. Berusaha utk mendapatkan kelayakan2 tertentu tapi tu lah bukan semua hadir dengan bergolek. 

2020 - alhamdulillah rezeki berpindag di tempat baru walaupun kehadiran seperti tidak dialukan dan dihargai. Aku just mcm biasa. Sikit pun tak kesah. 🤣 sebab tempat ni utk transit jer. 

2020  - berjaya selesaikan selesaikan SKM TAHAP 3 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER walaupun dengan duit poket sendiri mencecah RM3K utk segala urusan dan proses dan perjalanan. 

2021 - berjaya selesaikan SKM TAHAP 3 PEMBANGUNAN APLIKASI. Tapi kali ni ditanggung BPLTV. So, aku tak rasa bebanan sangat menanggung.

2022 - berjaya selesaikan Induksi JPK. Menunggu untuk dipanggil kursus sejak 2018 lagi.. Sedih kot tapi selesai semuanya. Alhamdulillah. 

Jun 2022 - sekarang sedang berusaha untuk memohon VTO pula... Ini pun sebuah penantian lama sedari 2018 lagi. Aku dpt rasakan sistem ini tidak menghargai sgt para pensyarah sebab tu banyak miss out. Tapi tak mengapa. Sekarang aku perlu selesaikan portfolio VTO sedikit demi sedikit sebab berharap LULUS pada first attempt. Aku tak suka buat kerja ulang². Doa doakanlah ya. Harap selesai dalam Julai lah.

Julai 2022 -  Misi untuk mendapatkan title Profesional Technologist (Ts.) pula. Pada awalnya aku nak mencuba pada tahun 2023 tapi memandangkan beberapa faktor pembangunan dan branding diri. Maka aku perlu paksa diri untuk selesaikan pada 2022. Moga berjayalah hendakNya agar dapat digunakan kepakarana yang diiktiraf ini bermula pada tahun 2023. 

2023 - Misi untuk mendapatkan SKM TAHAP 4 PEMBANGUNAN APLIKASI 

2024 - Misi untuk kenaikan pangkat (GRED 44).

2025 - Misi untuk pulang berkhidmat di Taiping, Perak.

---------------------------------------------------------------------

Satu demi satu pencapaian yang tak pernah diharap datang dan sangat menggembirakan. Semuanya sedang berlaku dengan baik. 

******************************************

TARGET DALAM KARIER JIKA TERUS BERADA DALAM LALUAN KV

******************************************

SKM 3 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER ✅

SKM 3 PAMBANGUNAN APLIKASI ✅

INDUKSI ✅

VOCATIONAL TRAINING OFFICER (VTO) ⭕

PROFESIONAL TECHNOLOGIST (Ts.) ⭕

SKM 4 PEMBANGUNAN APLIKASI ⭕

SKM 4 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER ⭕

SKM 5 PEMBANGUNAN APLIKASI ⭕

SKM 5 SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER ⭕


Harapnya dapatlah peak point tu iaitu Ts. 

Dah dapat Ts tu dah boleh abaikan 4 yg terakhir tu. Bukan abaikan terus. Maksudnya yg lagi 4 itu adalah optional utk diteruskan.

Well Fahmi Ruzaini @ Monofaru Miji... All the best. Semoga Allah mempermudahkan urusan utk menuju VTO dan Ts. 

Ini merupakan branding terbaik utk diri aku kalau berjaya disempurnakan. Capai je PEAK POINT ni. Aku dah boleh fokus pada usaha usaha lain pula. InshaaAllah. Demi lencana di baju. 🤣🤣🤣🤣


Saturday, June 18, 2022

Betterment and Empowerment - Part 2

Previous post aku pasal Siber 5. Maksudnya berkenaan pembangunan fasiliti di 'bunker' aku. Kali ni aku saje nak nukilkan morfologi idea mindaku pulak. 

Misi aku di Perd ni tak besar sebab aku tak punyai strong n big why untuk terus continue disini. Nak pursue segala profesionalisme kat sini aku tak pernah letak target besar. 

Motif utama aku disini hanyalah untuk transit sementara semata mata sebelum mengorak langkah menuju kembali ke Perak. Aku bukan tak mahu settle down disini tapi aku tak melihat settle down disini sebagai priority. Family is my priority. Semua siblings n family berada nun di utara maka sebaiknya aku kembali pulang berkhidmat disana. Mudahan tercapai hasrar ke sana. 

Baiklah... Berbalik kepada penceritaan BnE ni sebenarnya aku ingin mengubah dan meningkatkan daya produktiviti dan kualiti kerja kerja pengurusan aku tetapi memandangkan ada beberapa situasi yang berlaku, aku melihat ada penyelesaian jangka masa panjang yang perlu diperhalusi. Maka aku lebih bersetuju dengan diri sendiri untuk memulakan beberapa langkah memperbaiki kelompongan sistem. Bukanlah kerana aku bagus atau orang lain tak bagus tapi aku mahu sama sama mengecap perubahan dan kemajuan dalam sistem yg sedang bobrok. 

Aku percaya pada konsep 'TRUST THE PROCESS'. 

Hal ini yg menyebabkan kelekaan di pihak aku sendiri. Terleka dan alpa utk merancakkan tempo pergerakan. Matlamat utama aku dalam sistem kerja adalah mahu consolidate segala portfolio secara digital. Kelebihan digital adalah ease of access and centralised. 

Banyak manfaat sebenarnya dengan digitalisation dan centralised data. Masa dan kecekapan penggunaan sumber lebih kompetitif. Tekanan kerja juga dapat dikurangkan. Hanya yang menjadi penghalang adalah masa dan attitude. Kemalasan yang tebal mengganggu tempo. Hahaha!

"BEKERJA KERASLAH KERNA ADA MENTAL YANG HARUS DIHANCURKAN!"

Part ni yang paling beban. Nak tutup mulut dan pemikiran narsisis tu bukan mudah. Apatah lagi mahu memecahkan kod hammurabi yang tersedia ada. Susah nak buat breakthru. Tidak sesekali mudah. Inilah antara tekanan yang menjadi batu penghalang. Tapi itu masalah kan? Masalah harus diselesaikan. Mahu membawa perubahan itu sukar dan sangat terhalang. Penat bila kerangka kerja tidak dibina. Selalunya menggunakan cycle yg sama. Kitaran kerja yg sama boleh jadi bagus bila ada post mortem. Rugi sebenarnya post mortem diabaikan kerana kita akan terbelanggu di fasa dan kitaran yg sama berulang kali. 

Paling merugikan adalah sumber tenaga manusia dan idea² yang bagus disisihkan. Banyak hal jangka masa panjang tidak diberi kesempatan utk bertatih. Semuanya mahukan penyelesaian mudah. Sistem yang dah bocor di tempel begitu sahaja demi menutup kebocoran. Sepatutnya di baiki dengan lebih efektif bagi jangka masa panjang. 

Bila utarakan sesuatu idea dan laksanakan secara berkelompok nanti mulalah ada mulut dan otak yg senget membabi buta menuduh dan melabel org lain TALAM lah.. KRONI lah... KAKI JILAT lah... Kekolotan sebegini adalah sebenarnya sampah didalam sistem. Bagi usaha usaha murni yang baru hendak bermula seharusnya diberikan ruang dan ditambah baik secara kolektif dan komprehensif. 

Biasalah... First attempt itu takkan mesti terus berjayam kalau berjaya itu adalah BONUS. Mentaliti poyo narsisis perlu dijotos keluar dari kepala tengkorak supaya semua usaha usaha baik pulih dan perubahan paradigma boleh berjalan dengan tempo yg baik dan pada masa serentak boleh dikaji serta dibaiki. Ini belum apa apa lagi sudah memulakan pola negatif. Merosak permulaan yang baharu. Kenapa? Takut? Kecut untuk menghadapi perubahan? 

Juga harus diubah mentaliti narsisis yg memalit toksik itu dengan duduk semeja berbincang dan memahamkan entiti tertentu. Bukan hanya menyerang secara peribadi dalam medsos dan acah hebat dalam meeting dengan nada yang keras. Bukan semua nada keras mampu melenturkan pemikiran org lain. Adakah nada keras itu sebuah kekuatan? TIDAK SAMA SEKALI. 

Dalam sesebuah organisasi, bergeraklah dengan perbincangan secara terbuka mahupun tertutup, secara kolektif mahupun secara individual. Sampaikan dengan cara yang betul dan teratur. Inilah sebenar benar cara dalam memahamkan pihak lain. Rugi bila ada idea yg bagus tapu tiada attitude yg bagus. Idea yg hebat tidak sampai dengan jelas. 

Seterusnya, janganlah berbelit bicara. Lain bicara lain tindakan. Lebih aneh, lain bicara pada entiti utama, lain bicara pada entiti yg lainnya. Apa motifnya? Menikam belakang? Merosak prestij dan kredibiliti entiti tertentu? Yakin mampu menujah junam prestij mereka? Tindakan dan cara berfikir yang ditampilkan oleh kita itu sendiri telah menjadi perwakilan diri kita. Jangan tampilkan minda kurang matang. Merugikan diri sendiri. 

Betul atau salah keputusan entiti berkenaan, bincanglah dengan teratur dan berhemah bukan serang sana sini dan sampaikan sana sini pada bukan stakeholder yg terlibat. Itu nama buang masa berdrama. Bahasa mudahnya, itu adalah tindakan separuh matang dan tidak mampu selesaikan apa pun. 

Lidah tu jgn berbelit sangat. Minda tu jangan negatif sangat. Apatah lagi menjadi narsisis dengan menganggap 24/7 diri adalah mangsa penindasan. Ya, memang ada yg tertindas tetapi bijaklah dalam mengatur jalan membina ruang dan peluang memecah keadaan semasa. 

Berjalan diatas muka bumi ini harus bijak. Aku amat memahami sebuah quote yang menjadi prinsip juga bagi ku. 

"IF YOU CANNOT BEAT THEM, THEN BE WITH THEM."

Bagi aku juga bila sudah berada bersama mereka dan mendapat tempat kepercayaan dan keyakinan mereka maka mulakanlah langkah utk mengubah secara berperingkat.

Kenapa aku yg baru 2 tahun boleh dibawa berunding untuk mendapatkan pengasingan jadual sedangkan kalian yang telah bertahun meminta dan menentang keadaan semasa tidak berjaya mendapat kerusi dalam perbincangan?  Aku amat yakin pasti ada tempangnya dibahagian kalian. Sama ada cara berkomunikasi atau cara berfikir. 

Lihatlah sekarang, apa yng dimahukan sudah dapar tetapi masih ada kurang enak dihati? Semak semula hati kita. Mungkin ada benda yg kita silap tanggap pada org. Berhentilah memandang rendah kepada mereka kerana kita sendiri yg tidak menongkat mereka ketika mereka memerlukan sokongan. Di mana kalian ketika mereka terawang awang tanpa penjelasan idea? Adakah kita bersama menyusun strategi bersama? Adakah kesatuan dalam hati kita? TIDAK ADA!

Jadi mana mungkin kalian mampu berdaya saing bersama. Menyebalkan bukan suara aku ini? Kalian pengecutkah? Kalian tahu mereka juga terhimpit dengan pemikiran obselete dari atas kenapa kalian tidak berdiri sebaris menongkah arus bersama? 

Penakut!!! 

Bukan??? Kalian hanya selfish. Pentingkan selera tekak sendiri. Memandang manfaat pada diri sendiri semata mata. Kalian selfish. Maka jangan sendiri melabel org lain pengkhianat sedangkan kalian juga berkhianat dalam halus. 

Faham???

 

Friday, June 17, 2022

BETTERMENT AND EMPOWERMENT IN 2022

"Betterment and empowerment."
Inilah ungkapan jerat diri aku sewaktu mula mula dilantik sebagai Ketua Bengkel (lantikan dalaman) bagi Jabatan Teknologi Maklumat disini. 

Lantikan ini adalah semata bagi memenuhi kehendakan akreditasi MBOT bagi memastikan pengurusan JTM berada pada landasan yang baik dan lancar. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan kena lantik sebab ade je beberapa calon lain yang lebih padu dan layak buat kerja. 

Nama aku sorted sebab aku dilihat tidak memegang mana mana jawatan tinggi atau bebanan besar. Rasa nak marah tapi kena sabar. Geram juga tapi apa daya aku. Level bawahan je kan. Layan je la. Selain jawatan KETUA BENGKEL ini aku juga memegang beberapa jawatan lain yang pada aku agak memberi tekanan hebat juga la nak menguruskan rutin kerja antaranya seperti:

1. GURU KELAS (PENASIHAT KELAS)
2. GURU MAKDIS
3. GURU DISIPLIN
4. GURU PENASIHAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (PORTFOLIO ICT, KEROHANIAN DAN DISIPLIN)
5. PIC MAKMAL SIBER

dan beberapa lagi jawatan seasonal task.

Serabut juga kepala nak layankan semua benda. Jadi, apa yg mampu aku buat adalah melaraskan minda dengan memegang konsep betterment n empowerment dengan harapan dalam semua posisi yg aku duduki perlu disusun langkah kerja. 

Sebenarnya yang menserabutkan kepala bukanlah tanggungjawab yg digalas tapi perangai dan pemikiran yang tak berapa nak cantik dari sesetengah pihak. 

Yang cakap besar macam tin kosong, yang ala ala little napolean adik beradik draconian, yang jenis tak reti nak hormat masa privasi org, macam2 lah perangai dan gaya pemikiran tu. Senang citer perengai ha alif wau... Hahaha...!!!

Ok balik pada B&E 22 yg aku sebut tu sebenarnya merupakan visi asas aku untuk membentuk sebuah pelarasan diantara semua makmal siber JTM yg ada supaya mudah urusan berkaitan audit dan pengurusan. Tapi malangnya dengan situasi yang seperti bukan wonderpet maka aku terus memfokuskan untuk memperkemaskan pengurusan dan prasarana yang sedia ada. 

Fasa awal penambaikan Siber 5 bermula semenjak awal Pandemik lagi. Disebabkan SOP keselamatan dan kesihatan maka aku dan member diturunkan ke Siber 5. Walaupun pada dasarnya ada sedikit protes tapi semuanya dirasionalkan dengan baik sehingga kedudukan di Siber 5 akan terus dipertahankan. Bermula dengan menyusun atur kedudukan guru dalam makmal di situ sehinggalah PIC asal ditukarkan kepada aku dan serentak dengan itu aku juga terlantik sebagai Ketua Bengkel (jawatan baharu pada masa itu). 

Maka, setelah usaha dan perjuangan suara dan penantian maka berdirilah sebuah Bilik Pensyarah di dalam makmal itu. Rezeki yang Allah nak berikan kepada aku.  Tapi beriringan dengan itu dua jawatan berkait diberikan. Cis!

Aku bersyukur sebab keadaan makmal yang dalam keadaan rapi dan kemas cuma ada sedikit keadaan yang perlu dibaiki pada kerosakan kecil. Segala tatarias masih dikekalkan dengan hanya beberapa penambahan kecil sehingga setakat hari ini. InshaaAllah minggu hadapan kolej akan bercuti seminggu maka aku akan hadir dan menggunakan kesempatan yang ada untuk membuat beberapa penambahbaikan dari aspek tatarias dan juga pengurusan makmal di Siber 5 itu. 

Aku menjadikan beberapa makmal di kolej sebagai contoh penambahbaikan. Usaha ini bukan mengejar nama tetapi lebih kepada kepuasan diri utk mencapai keyakinan dan terus membina kualiti diri dalam menguruskan perihal berkaitan jawatan yg diberikan. 

Part kos itu macam biasalah duit poket sendiri tetapi mencari kepuasan utk menyediakan konsep dan identiti tersendiri perlu dilaksanakan dengan tekun supaya B&E yang disebut sebut oleh aku sendiri itu menjadi kenyataan. 

"Walk the talk NOT no action talk only."

Great Teacher Onizuka juga pernah berpesan jika seorang lelaki itu mampu untuk berkata kata dengan angkuh akan kemampuannya maka laksanakan apa yang diperkatakan dengan bangga itu. 

Atas dasar pemahaman berkenaan aku merasakan perlu untuk aku membina empayar dan identiti sendiri dalam perjawatan berkenaan. Siber 5 itu merupakan pusat, kubu dan ruang aku bekerja maka aku akan memastikan keadaan Siber 5 itu berada pada tahap terbaik. Boleh dikatakan buat masa ini Siber 5 adalah tertinggal dari aspek tatarias tetapi berada pada tahap yg baik dari kefungsian sistem dan penggunaan.

Visi:
Membawa Siber 5 berada sebaris dengan. Makmal dan bilik khas makmal yang menjadi penanda aras dalam urus tadbir dan EKSA. 


Misi: 
1. Menyetarakan Siber 5 sebaris dengan Siber 8 dan 9 dari aspek EKSA dan tatarias. 

2. Menyetarakan tadbir urus Siber 5 yang baik seperti yg diamalkan oleh Siber 4. 

3. Menjadikan makmal dan bilik-bilik khas yang lain sebagai panduan pembangunan Siber 5.

Misi Betterment and Empowerment 2022 berada dilandasan tepat. 

Saturday, May 7, 2022

Strategic Thinking (Part 1: masa)

Penyusunan kerja serta pasukan yang berambisi menjadikan sesebuah apsukan itu kembali kuat dan sentiasa berada tahap terbaik. Banyak hal-hal kecil yang sebenarnya boleh dimudahkan sengaja dijadikan rumit. Kesannya menyebabkan kita perlu membelanjakan kos masa, tenaga dan wang. Merugikan sebenarnya. 

Pemikiran yang strategik sentiasa meletakkan beberapa indikator agar terus mencapai keputusan yang sangat efektif dan signifikan. 

Indikator Utama yang perlu dinilai adalah:

1. Kualiti Masa
2. Tenaga dan sumber
3. Kos
4. Polisi dan dasar

Mengapa saya selalu meletakkan indikator sebegini dalam beberapa perinician penugasan? 

Bertunjangkan KESAN DOMINO atau juga disebut sebut sebagai DOMINO EFFECTS. Acapkali kita terlepas pandang dalam perkara kerana kelemahan dalam mencatur gerak kerja dengan jelas. Mementingkan hasil yang cepat dalam jangka masa pendek adalah keadaan hanya baik bagi perkara tertentu namun memberi kesan jangka masa panjang yang negatif seperti burnout dan hilang daya kreativiti. 

Menyedihkan hal ini sebenarnya diabaikan oleh beberapa pihak yang hanya bertunjangkan HASIL CEPAT. Rugi apabila memiliki sesebuah pasukan yang kreatif dan produktif tetapi perancang bertindak kurang bijak. 

Kembali kepada indikator pertama... iaitu MASA. 
Masa sehaursnya disusun dengan baik dan jelas serta stabil agar tidak terlalu fleksibel. Fleksibiliti yang terlalu tinggi akan menjejaskan kestabilan yang menjurus kearah flaktuasi  dalam menuntaskan keputusan. Akhirnya, berubah-ubah keputusan yang diberikan. Lagi-lagi persediaan saat-saat akhir serta mahukan hasil dalam masa yang singkat. 

Pada peringkat ini seharusnya kita perlu TRUST THE PROCESS. Beri sedikit waktu untuk berfikir. Berikan juga sedikit waktu merancang. Berikan sedikit waktu juga untuk mengkaji semula rancangan yang telah dibuat. Perkara asas sebegini sebenarnya sangat efektif dalam membentuk budaya kerja sihat dan bijak. Malangnya keadaan yang sepatutnya berlaku tidak berlaku kerana pemikiran yang sedikit terkebelakang. Merugikan. 

Masa yang  berkualiti adalah masa yang seimbang kepada pekerja. Penugasan yang mempunyai cukup masa bekerja dan juga ruang masa berehat memberi peningkatan dalam produktiviti. Malang sekali lagi apabila pengurusan atau pentadbir hilang pedoman disini. Sekali lagi puncanya adalah MAHUKAN HASIL CEPAT dan terlalu PERFECTIONIST serta MENGEJAR RANKING PUJIAN. 

Seharusnya yang dikejar adalah kualiti kerja yang akan mempengaruhi kesan jangka masa panjang. Malang sekali budaya kerja yang tidak sihat terus menerus berlaku. Masakan tidak, diperah sehabisnya mereka yang rajin, dipaksa sekerasnya mereka yang  bijak dan menatang mereka yang toksik. Sedih. Ini bukan norma kerja yang sihat. Siapa mereka yang toksik ini? Nanti akan diceritakan ciri-ciri manusia toksik dalam ruang lingkung kita.

P/s: stop disini dulu lah yer... kita sambung di part 2 nanti. Cerita pasal indikator kedua pulak nanti. 

**Tak takut kantoi ke kritik kat sini. Rileks... Berani kerana benar. Hanya menintakan disini bukan di medsos kerna ini perlu menjadi pedomoan buat aku.