2020 satu tahun yang cuba mereset segala kekuatan yang manusia sehingga terkawal kepada kekuatan kekuatan yang terbendung.
Lihat bagaimana atur catur yang disusun tanpa dimainkan sang pencatur sebenar. Haluuussss... Menusuk dan menyulam susup ke dalam pembuluh darah dan alur pemikiran.
'Fear Monger' mainan massa. Ketika manusia tidak mengenal erti matematik yang digunakan dalam kehidupan kembali menjadi bijak menyusun nombor. Mencongak sisi hidup tersendiri.
Berlagukan alunan ledakan virus yang menemani dalam seni tanpa garis. Hanya bisa dirasa tapi tidak tersentuh tangan. Menakutkan. Memenatkan. Meruntun jiwa. Melemahkan semangat.
2021 dihidangkan rona warna kecacatan sistem dan ketumbukan komplot kayangan. Yang kenyang. Yang bebas. Yang mudah. Hanyalah kayangan.
Engkau! Ya engkau. Marhaenis. Tetaplah berkais di siang dan menjamu di malam. Kerakusan yang membawa ketamakan dan kegilaan. Ya... Benar. Mata mereka memandang dunia dan hati mereka kental menggengam dunia. Hahaha. Mereka lupa barangkali yang mereka mudah lupa dan alpa.
Marhaenis... Ingat ketika kekeliruan yang terhidang jangan mudah terpedaya dengan kemanisan ilmu tak bertulang didokong lidah bercabang. Jangan terjabak ke dalam lembah jumud. Bukalah mata. Bukalah minda. Bukalah jiwa. Bukalah perasaan.
Pada siapa lagi yang kami mahukan sandarkan melainkan generasi setelah kami. Kalian adalah pewaris sisa peluru yang berbaki. Panji separuh tiang jangan biar merentang jalanan sebagai alas. Jangan juga palu gendang perang kian sayup sayup kedengaran. Belum lagi. Belum lagi masa untuk tewas. Membuka medan juga belum apatah lagi membidik musuh.
Lemah jiwa tanpa semangat kebangkitan merugikan diri. "Muda lagi..." kata orang. Bawalah diri kamu berkhalwat bersama jiwa kamu. Beruzlah di dalam gua yang bersudut di hati kamu. Lakukan pemertapaan minda kamu disana.
Pesan ku pada diri biar tangan erat genggam pada dunia tapi hati tetap kencang meribut mengejar akhirat. Jangan kerana nilai harta menggoyahkan prinsip yang kau telah pasakan sendiri duhai jiwa.
Ya... Sedih dan tergelincir semangat melihat minda dan sikap armada armada kecil yang berada di depan mata tapi apalah daya. Aku juga armada yang telah pecah separuh. Tak terdaya mengepalai armada armada kecil lain.
Maka peranan aku hanyalah menyampaikan berita agar menjadi padoman diri mereka. Malang... Sungguh meruntun rasa. Yang dikhabarkan hanya umpama penceritaan sang tukang karut yang ligat bermain wayang kulit.
Ini bukan cerita wayang kulit yang tersedia di layar sempit. Ini adalah perjuangan berakit ke langit. Seumpama apa pun rakit itu. Tetap ia harus mudik kearah menuju Yang Esa. 😘
No comments:
Post a Comment