Seharian dalam penulisan atau pelaporan kita ligat mencari idea untuk menulis serta memberikan justifikasi di atas kertas tentang projek atau tugasan.
Tapi...
Kenapa tidak kita membina Carta Gantt untuk tujuan kehidupan kita sendiri?
Mungkin kerana kita belajar untuk memuntahkan apa yang dimasukkan ke dalam otak. Luahkan kembali di atas kertas. Untuk tujuan dinilai oleh sang penilai.
Rugi kan? Kita GAGAL implementasikan apa yang dipelajari. Rugi. Kita tidak menggunakan kefahaman kita dalam meletakkan matlamat dan diselarikan dengan masa rancangan dan masa sebenar pada Carta Gantt.
Cuba bayangkan kita berjaya melakukan rancangan yang teliti berkenaan matlamat kita dan terjemahkan pada Carta Gantt sepertimana kita giat menghasilkan pelaporan projek.
Apa salahnya ditulis pada projek hidup kita?
Kaaaan.... ðŸ¤
No comments:
Post a Comment