Tuesday, May 18, 2021

Berakit ke Awan

Dalam minda ini banyak yang ingin diperjuangkan kononnya. Setelah mimpi dan cita yang banyak yang barai tetap aku belasah untuk jalan ke depan. Tak boleh terus kalah. Lima tahun terakhir ini aku berusaha untuk melengkapkan mimpi 20-30... Alhamdulillah. Allah sentiasa memberikan bantuanNya.

Ada satu lagi yang belum selesai menjelang Mac 2022. Harapnya semua selesai sebelum hujung tahun ini. Semakin merisaukan situasi ini. Last step je tinggal untuk fasa ni. kiranya semua target dah 90% berjaya dicapai.

2021 ini banyak benda baharu yang aku rencanakan untuk berkembang dan seterusnya memberi persediaan kepada Miji Junior. hahaha. Seronok berjaya terjemahkan beberapa idea yang direncanakan. Sehinggalah kelmarin ada timbul sedikit rasa takut dan sedikit risau kemampuan untuk menterjemahkan beberapa lagi baki 'projek' dalam minda kecil ini.

Betullah kata orang, cakap memang senang. Bila nak terjemahkan dan usahakan tu memang memberi tekanan jugak ar. Maka semalam sengaja aku 'turunkan' idea ini ke atas kertas malam tadi dan menulis rencana apa yang aku ingin capai untuk sediakan dan wariskan pada anak-anak untuk mereka mendepani cabaran.

Tak cukup dengan pengalaman mesti ada modal ilmu dan harta juga. Terus aku berencana untuk memperkukuhkan apa yang ada dan mula mempercepatkan apa yang direncanakan. Aku kena struggle dan hustle kaw kaw bila suku kedua tahun ini melabuhkan tirai.

Untuk aku jadikan sebagai pengingat dan pembakar semangat maka aku tinggalkan di sini mimpi mimpi aku disini.

MIJI GOLD - Merencanakan usaha utk kembangkan MG bukan sekadar berada menumpang di bawah payung PG. Ada satu harapan yang aku inginkan adalah MG akan mengetengahkan produk PG dengan cara tersendiri. Langkah kedua pula dengan membawa usaha meghasilkan emas dan silver yang mana design small bar 0.5-1.0 gram sebagai gift yang menggunakan logo MG. Projek ini mungkin akan diperhalusi dan usaha menyediakan bekalan serta kepakaran bermula (2022-2027). Semoga 29 Mac 2027 akan berjaya aku terbitkan design sendiri. TERUS KUAT MIJI!!!

MIJI FARMGARDEN - ini juga merupakan satu impian aku untuk mewujudkan satu tanaman skala kecil secara organik untuk keperluan persendirian. Jika eksperimen ini berjaya maka akan diusahakan untuk membesarkan pengeluaran bagi kawasan setempat. Juga berusaha membina rangkaian kecil sebagai pembekal kepada beberapa buah kedai yang memerlukan produk yang dikeluarkan. Projek ini pula aku akan mula bereksperimen bermula hujung tahun ini inshaaAllah sehinggalah berjaya mendapat rakan startegik yang tepat dan efektif pada tahun 2026. Semoga 29 Mac 2026 berjaya aku wujudkan satu model eksperimen di Taiping, Perak. Moga 2024/2025 dah berjaya pindah balik Perak.

MIJI F&B (Grab n GO) - Matlamat ini aku akan terus mengkaji sama ada bernaung atau menumpang di bawah mana-mana jenama pada 2029. Untuk aku mengeluarkan produk atau membina jenama sendiri mungkin agak sukar. Tetapi inshaaAllah dengan strategi dan team yang akan di setup nanti moga ia menjadi satu impian yang diterjemahkan menjadi realiti. Aku adalah pencinta kopi. Mungkin kopi akan menjadi prospek dalam pandangan mata. Ini merupakan projek yang aku harapkan berjaya direalisasikan pada 29 Mac 2029.

MIJI IT Solution (MITS) - Ini merupakan satu matlamat yang paling kental aku kena realisasikan. Ini merupakan bidang semasa yang aku sedang berkhidmat. Dengan dua sijil yang diiktiraf mungkin ini akan menjadi kekuatan ke-3 aku selepas MIJI GOLD . Melalui MITS aku berhasrat mendapatkan kepakaran daripada beberapa anak muda yang baru lepas dari pengajian KV untuk memdepani cabaran masa hadapan dalam dunia IT. Paling utama kepakaran ini aku mengharapkan penumpuan berlaku di dalam bidang pendidikan dan seterusnya berkembang ke bidang-bidang lain. InshaaAllah. Projek ini inhshaaAllah aku akan cuba mulakan eksperimen projek ini pada 29 Mac 2026.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup harus bermatlamat dan sentiasa mengejar mimpi. Jika semua dia tas berjaya aku capai maka ia akan melengkapkan Misi 30-40. Semoga panjang umur dan murah rezeki yang dioberkati. Semoga berjaya dan kaya di dunia dan akhirat.

Selepas umur 40 dah boleh berehat dan menumpukan ke arah keluarga.  InshaaAllah. Semoga karier aku sekarang ini menjadi hobi dan minat bukan sebagai karier tunjang dan sumber utama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kena design motion logo ini sebagai ambil semangat. InshaaAllah. 

Ayuh! Kita mesti menang!

   

Wednesday, May 5, 2021

Carta Hidup

 Seharian dalam penulisan atau pelaporan kita ligat mencari idea untuk menulis serta memberikan justifikasi di atas kertas tentang projek atau tugasan. 

Tapi... 

Kenapa tidak kita membina Carta Gantt untuk tujuan kehidupan kita sendiri? 

Mungkin kerana kita belajar untuk memuntahkan apa yang dimasukkan ke dalam otak.  Luahkan kembali di atas kertas. Untuk tujuan dinilai oleh sang penilai.  

Rugi kan?  Kita GAGAL implementasikan apa yang dipelajari.  Rugi. Kita tidak menggunakan kefahaman kita dalam meletakkan matlamat dan diselarikan dengan masa rancangan dan masa sebenar pada Carta Gantt.  

Cuba bayangkan kita berjaya melakukan rancangan yang teliti berkenaan matlamat kita dan terjemahkan pada Carta Gantt sepertimana kita giat menghasilkan pelaporan projek.  

Apa salahnya ditulis pada projek hidup kita?  

Kaaaan.... 🤭

Tuesday, May 4, 2021

To The Frontline

 2020 satu tahun yang cuba mereset segala kekuatan yang manusia sehingga terkawal kepada kekuatan kekuatan yang terbendung. 

Lihat bagaimana atur catur yang disusun tanpa dimainkan sang pencatur sebenar. Haluuussss...  Menusuk dan menyulam susup ke dalam pembuluh darah dan alur pemikiran.  

'Fear Monger' mainan massa. Ketika manusia tidak mengenal erti matematik yang digunakan dalam kehidupan kembali menjadi bijak menyusun nombor. Mencongak sisi hidup tersendiri. 

Berlagukan alunan ledakan virus yang menemani dalam seni tanpa garis.  Hanya bisa dirasa tapi tidak tersentuh tangan. Menakutkan.  Memenatkan. Meruntun jiwa.  Melemahkan semangat.  

2021 dihidangkan rona warna kecacatan sistem dan ketumbukan komplot kayangan.  Yang kenyang. Yang bebas.  Yang mudah.  Hanyalah kayangan. 

Engkau!  Ya engkau.  Marhaenis. Tetaplah berkais di siang dan menjamu di malam.  Kerakusan yang membawa ketamakan dan kegilaan.  Ya... Benar.  Mata mereka memandang dunia dan hati mereka kental menggengam dunia. Hahaha.  Mereka lupa barangkali yang mereka mudah lupa dan alpa.  

Marhaenis... Ingat ketika kekeliruan yang terhidang jangan mudah terpedaya dengan kemanisan ilmu tak bertulang didokong lidah bercabang.  Jangan terjabak ke dalam lembah jumud.  Bukalah mata.  Bukalah minda. Bukalah jiwa.  Bukalah perasaan. 

Pada siapa lagi yang kami mahukan sandarkan melainkan generasi setelah kami.  Kalian adalah pewaris sisa peluru yang berbaki. Panji separuh tiang jangan biar merentang jalanan sebagai alas. Jangan juga palu gendang perang kian sayup sayup kedengaran.  Belum lagi.  Belum lagi masa untuk tewas.  Membuka medan juga belum apatah lagi membidik musuh.  

Lemah jiwa tanpa semangat kebangkitan merugikan diri.  "Muda lagi..." kata orang. Bawalah diri kamu berkhalwat bersama jiwa kamu. Beruzlah di dalam gua yang bersudut di hati kamu.  Lakukan pemertapaan minda kamu disana. 

Pesan ku pada diri biar tangan erat genggam pada dunia tapi hati tetap kencang meribut mengejar akhirat.  Jangan kerana nilai harta menggoyahkan prinsip yang kau telah pasakan sendiri duhai jiwa.  

Ya...  Sedih dan tergelincir semangat melihat minda dan sikap armada armada kecil yang berada di depan mata tapi apalah daya.  Aku juga armada yang telah pecah separuh.  Tak terdaya mengepalai armada armada kecil lain.  

Maka peranan aku hanyalah menyampaikan berita agar menjadi padoman diri mereka.  Malang... Sungguh meruntun rasa.  Yang dikhabarkan hanya umpama penceritaan sang tukang karut yang ligat bermain wayang kulit.  

Ini bukan cerita wayang kulit yang tersedia di layar sempit.  Ini adalah perjuangan berakit ke langit.  Seumpama apa pun rakit itu.  Tetap ia harus mudik kearah menuju Yang Esa.  😘