Friday, July 23, 2021

Dimana silapnya?

 Aku sangat terkjeut dan tak percaya dengan apa yang aku sedang hadapi. Mungkin aku salah berfikir atau mungkin juga ada benar benak fikir ku ini.

8 tahun sistem baru diperkenalkan. 4 kitaran selesai. tapi sungguh menyedihkan tiada kestabilan dalam sistem. 

Paling sedih adalah sebuah kolej yang mempunyai pelajar dalam bidang pengatucaraan tidak mampu untuk mendigitalkan sistem dan urustadbir. Mendukacitakan. Menyedihkan. Dimana silapnya?

Mengapa tidak digunakan kebolehan dan kepintaran anak didik untuk membangunkan sesuatu yang bermanfaat dan menjadi amal jariah bagi mereka?

Aku hanya ingin bertanya mengapa tiada semua bagi sebuah institusi yang mampu menyediakan pengetahuan dan keperluan bagi sistem berikut?

1. Penggunaan Makmal

2. Pengurusan Aset Jabatan/ Makmal

3. Pengurusan Inventori Jabatan/ Makmal

4. Pemusatan dan pengumpulan Data

5. Penilaian dan pentaksiran secara maya

6. Bahan pembelajaran terpusat

7. Sistem digital sukan & stor sukan

8. Sistem digital kokurikulum (jawatankuasa organisasi)

9. Sistem ranking/ penilaian wakil pelajar

dan banyak lagi sebenarnya...

sedih bukan? Tenaga anak muda dan buah fikiran mereka hanya di lembaran kertas yang hanya akhirmya dilupus begitu sahaja selepas lima tahun. Sedih. Rugi. Sampai bila minda dan jiwa anak bangsa tidak diberikan jalan untuk membangun diri. 

Banyak hal yang bisa di lakukan secara digital dari mula awal lagi tetapi sayangnya... manusia memang mementingkan untung diri berbanding kesejahteraan bersama.

Sesungguhnya menyebalkan...

 Dunia terpencil ini jarang aku nukilkan rasa hati tak lagi seperti dahulu. Berbeda dari apa adanya yang terdahulu. Itulah perjalanan. Rencam yang tidak berkesudahan. Hati ini rasa... Menyebalkan!

Bukan tak pernah rasa lebih teruk pernah tapi kali ini yang setiap hari mendatang memenatkan sebab aku dikelilingi dengan ramai yang suka mencari disebalik sesuatu tanpa otak. Hahahaha!

Manusia...

Kalau bukan kau yang disakiti, kau adalah yang menyakiti...

Kalau bukan kau yang dimaki, kau adalah yang memaki...

Kalau bukan kau yang salah, kaulah yang dipersalahkan.

Tujuan aku menulis ini bukan sebab aku merasa diri aku betul dan orang lain salah tetapi aku rasa kecewa sebab ada perkara yang aku tahu boleh jadi lebih baik tetapi tidak dapt menjadi baik kerana sikap dan minda manusia bercampur ego beralaskan ujub. 

Bila aku dibawah kadangkala menagih dari manusia yang memijak pentas jawatan seolah olah aku ini gumpalan kertas yang dikeroyok dan bilaing ke lantai. Kadangkal rasa umpama seperti kertas yang tercebis dari koyakan manusia. 

Semua orang ada hal tersendiri. Selesaikan hal masing-masing dan pastikan jiwa adalah belas ihsan. Bukan menjadi diktator murahan yang berasa diri lebih makan garam mahupun berdamoing kejayaan selalu. 

Maaf! minda dan jiwa antara aku, kau dan mereka takkan pernah sama hatta sekelumit pun. Aku cuma tetap menjadi seorang guru yang hanya tetap menjadi guru dan menyampaikan pengalaman hidup aku berhadapan berbagai karenah manusia. 

Jujur aku nyatakan bahawa minda dan visi aku dalam kerjaya cukup sekadar menajdi guru biasa-biasa sahaja. Jadi jangan paksa aku untuk menjadi seperti kalian. Aku tak kejar pangkat. Aku tak kejar jawatan. Aku tak kejar pengiktirafan. Apatah lagi pujian. Aku membenci manusia memuji aku. Aku lebih suka dicela kerana aku tahu celaan ini menjadikan aku seseorang manusia yang berfikir agar tidak lagi dicela.

Prinsip hidup kita tak sama. Jadi jangan sama sekali tanggapi bahwa aku seperti kalian. Aku hidup dan menghidupkan kehidupan dunia aku. 

Kerja di waktu kerja...

Rehat di waktu rehat...

Bukan berhujung minggu dengan kerja.. Bukan serba serbi dikaitkan dengan kerja. PERSETAN semua itu. 

Kau kerja sampai separuh MATI pun bila kau MATI orang lain akan gantikan kau dan paling sebal adalah orang lain TIDAK SESEKALI akan mengingati kau. 

Cukuplah kerja sekadar ibadah yang berpatutan. 

Aku punyai keluarga dan kehidupan untuk diberi perhatian. Bukan kerja kerja remeh temeh yang harus dilaksanakan pada luar waktu kerja. 

Jangan tunggangi agama dengan mengatakan kerja harus ikhlas.

Jangan guna agama mahupun kalam kitab untuk halalkan perkara yang berlebihan.

IKHLAS hanya ALLAH sahaja yang bisa nilai ukur. 

Kau siapa??? aku dan kau cuma manusia sahaja.. kau adalah debu yang tidak bernilai. 

Juga...

Aku terlalu hairan ketika apa sahaja ada pada genggaman ku menjadi buah lisan kalian. 

Aku tidak pernah menjaga hal hal luar dalam, kanan kiri, depan belakang hal hal kalian. 

Kenapa mesti hal aku dipersibukkan?

Kenapa mesti rezeki aku menjadi persoalan?

Kau punyai Tuhan bukan? Tuhan yang Maha Kaya. 

Kenapa tidak kau meminta dariNya agar mencukupkan diri mu?

Kenapa mesti FITNAH AIN yang harus kau barakan? 

Kenapa mesti iri dan hasad mesti kau nyalakan?

Kau tidak percaya pada JANJI Tuhanmu? 

Barangsiapa berusaha maka Allah akan memberikan selayaknya.

Sungguh menyebalkan diri mu. 

aku menghina dan mencaci dirimu kerana sifat jelek mu yang mencari kekurangan diri aku. 

Sibukkan diri mu dengan kuburmu. Bukan dengan hal hal aku. 

Bukankah itu lebih baik?? 


Berhentilah berteman dengan kedengkian.

Berhentilah berteman dengan iri hasad.

Berhentilah berteman dengan keegoan.

Berhentilah berteman dengan keBODOHan.


Jangan merosak diri dengan minda BODOH dan FAKIR ILMU. 

Tuesday, May 18, 2021

Berakit ke Awan

Dalam minda ini banyak yang ingin diperjuangkan kononnya. Setelah mimpi dan cita yang banyak yang barai tetap aku belasah untuk jalan ke depan. Tak boleh terus kalah. Lima tahun terakhir ini aku berusaha untuk melengkapkan mimpi 20-30... Alhamdulillah. Allah sentiasa memberikan bantuanNya.

Ada satu lagi yang belum selesai menjelang Mac 2022. Harapnya semua selesai sebelum hujung tahun ini. Semakin merisaukan situasi ini. Last step je tinggal untuk fasa ni. kiranya semua target dah 90% berjaya dicapai.

2021 ini banyak benda baharu yang aku rencanakan untuk berkembang dan seterusnya memberi persediaan kepada Miji Junior. hahaha. Seronok berjaya terjemahkan beberapa idea yang direncanakan. Sehinggalah kelmarin ada timbul sedikit rasa takut dan sedikit risau kemampuan untuk menterjemahkan beberapa lagi baki 'projek' dalam minda kecil ini.

Betullah kata orang, cakap memang senang. Bila nak terjemahkan dan usahakan tu memang memberi tekanan jugak ar. Maka semalam sengaja aku 'turunkan' idea ini ke atas kertas malam tadi dan menulis rencana apa yang aku ingin capai untuk sediakan dan wariskan pada anak-anak untuk mereka mendepani cabaran.

Tak cukup dengan pengalaman mesti ada modal ilmu dan harta juga. Terus aku berencana untuk memperkukuhkan apa yang ada dan mula mempercepatkan apa yang direncanakan. Aku kena struggle dan hustle kaw kaw bila suku kedua tahun ini melabuhkan tirai.

Untuk aku jadikan sebagai pengingat dan pembakar semangat maka aku tinggalkan di sini mimpi mimpi aku disini.

MIJI GOLD - Merencanakan usaha utk kembangkan MG bukan sekadar berada menumpang di bawah payung PG. Ada satu harapan yang aku inginkan adalah MG akan mengetengahkan produk PG dengan cara tersendiri. Langkah kedua pula dengan membawa usaha meghasilkan emas dan silver yang mana design small bar 0.5-1.0 gram sebagai gift yang menggunakan logo MG. Projek ini mungkin akan diperhalusi dan usaha menyediakan bekalan serta kepakaran bermula (2022-2027). Semoga 29 Mac 2027 akan berjaya aku terbitkan design sendiri. TERUS KUAT MIJI!!!

MIJI FARMGARDEN - ini juga merupakan satu impian aku untuk mewujudkan satu tanaman skala kecil secara organik untuk keperluan persendirian. Jika eksperimen ini berjaya maka akan diusahakan untuk membesarkan pengeluaran bagi kawasan setempat. Juga berusaha membina rangkaian kecil sebagai pembekal kepada beberapa buah kedai yang memerlukan produk yang dikeluarkan. Projek ini pula aku akan mula bereksperimen bermula hujung tahun ini inshaaAllah sehinggalah berjaya mendapat rakan startegik yang tepat dan efektif pada tahun 2026. Semoga 29 Mac 2026 berjaya aku wujudkan satu model eksperimen di Taiping, Perak. Moga 2024/2025 dah berjaya pindah balik Perak.

MIJI F&B (Grab n GO) - Matlamat ini aku akan terus mengkaji sama ada bernaung atau menumpang di bawah mana-mana jenama pada 2029. Untuk aku mengeluarkan produk atau membina jenama sendiri mungkin agak sukar. Tetapi inshaaAllah dengan strategi dan team yang akan di setup nanti moga ia menjadi satu impian yang diterjemahkan menjadi realiti. Aku adalah pencinta kopi. Mungkin kopi akan menjadi prospek dalam pandangan mata. Ini merupakan projek yang aku harapkan berjaya direalisasikan pada 29 Mac 2029.

MIJI IT Solution (MITS) - Ini merupakan satu matlamat yang paling kental aku kena realisasikan. Ini merupakan bidang semasa yang aku sedang berkhidmat. Dengan dua sijil yang diiktiraf mungkin ini akan menjadi kekuatan ke-3 aku selepas MIJI GOLD . Melalui MITS aku berhasrat mendapatkan kepakaran daripada beberapa anak muda yang baru lepas dari pengajian KV untuk memdepani cabaran masa hadapan dalam dunia IT. Paling utama kepakaran ini aku mengharapkan penumpuan berlaku di dalam bidang pendidikan dan seterusnya berkembang ke bidang-bidang lain. InshaaAllah. Projek ini inhshaaAllah aku akan cuba mulakan eksperimen projek ini pada 29 Mac 2026.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup harus bermatlamat dan sentiasa mengejar mimpi. Jika semua dia tas berjaya aku capai maka ia akan melengkapkan Misi 30-40. Semoga panjang umur dan murah rezeki yang dioberkati. Semoga berjaya dan kaya di dunia dan akhirat.

Selepas umur 40 dah boleh berehat dan menumpukan ke arah keluarga.  InshaaAllah. Semoga karier aku sekarang ini menjadi hobi dan minat bukan sebagai karier tunjang dan sumber utama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kena design motion logo ini sebagai ambil semangat. InshaaAllah. 

Ayuh! Kita mesti menang!

   

Wednesday, May 5, 2021

Carta Hidup

 Seharian dalam penulisan atau pelaporan kita ligat mencari idea untuk menulis serta memberikan justifikasi di atas kertas tentang projek atau tugasan. 

Tapi... 

Kenapa tidak kita membina Carta Gantt untuk tujuan kehidupan kita sendiri? 

Mungkin kerana kita belajar untuk memuntahkan apa yang dimasukkan ke dalam otak.  Luahkan kembali di atas kertas. Untuk tujuan dinilai oleh sang penilai.  

Rugi kan?  Kita GAGAL implementasikan apa yang dipelajari.  Rugi. Kita tidak menggunakan kefahaman kita dalam meletakkan matlamat dan diselarikan dengan masa rancangan dan masa sebenar pada Carta Gantt.  

Cuba bayangkan kita berjaya melakukan rancangan yang teliti berkenaan matlamat kita dan terjemahkan pada Carta Gantt sepertimana kita giat menghasilkan pelaporan projek.  

Apa salahnya ditulis pada projek hidup kita?  

Kaaaan.... 🤭

Tuesday, May 4, 2021

To The Frontline

 2020 satu tahun yang cuba mereset segala kekuatan yang manusia sehingga terkawal kepada kekuatan kekuatan yang terbendung. 

Lihat bagaimana atur catur yang disusun tanpa dimainkan sang pencatur sebenar. Haluuussss...  Menusuk dan menyulam susup ke dalam pembuluh darah dan alur pemikiran.  

'Fear Monger' mainan massa. Ketika manusia tidak mengenal erti matematik yang digunakan dalam kehidupan kembali menjadi bijak menyusun nombor. Mencongak sisi hidup tersendiri. 

Berlagukan alunan ledakan virus yang menemani dalam seni tanpa garis.  Hanya bisa dirasa tapi tidak tersentuh tangan. Menakutkan.  Memenatkan. Meruntun jiwa.  Melemahkan semangat.  

2021 dihidangkan rona warna kecacatan sistem dan ketumbukan komplot kayangan.  Yang kenyang. Yang bebas.  Yang mudah.  Hanyalah kayangan. 

Engkau!  Ya engkau.  Marhaenis. Tetaplah berkais di siang dan menjamu di malam.  Kerakusan yang membawa ketamakan dan kegilaan.  Ya... Benar.  Mata mereka memandang dunia dan hati mereka kental menggengam dunia. Hahaha.  Mereka lupa barangkali yang mereka mudah lupa dan alpa.  

Marhaenis... Ingat ketika kekeliruan yang terhidang jangan mudah terpedaya dengan kemanisan ilmu tak bertulang didokong lidah bercabang.  Jangan terjabak ke dalam lembah jumud.  Bukalah mata.  Bukalah minda. Bukalah jiwa.  Bukalah perasaan. 

Pada siapa lagi yang kami mahukan sandarkan melainkan generasi setelah kami.  Kalian adalah pewaris sisa peluru yang berbaki. Panji separuh tiang jangan biar merentang jalanan sebagai alas. Jangan juga palu gendang perang kian sayup sayup kedengaran.  Belum lagi.  Belum lagi masa untuk tewas.  Membuka medan juga belum apatah lagi membidik musuh.  

Lemah jiwa tanpa semangat kebangkitan merugikan diri.  "Muda lagi..." kata orang. Bawalah diri kamu berkhalwat bersama jiwa kamu. Beruzlah di dalam gua yang bersudut di hati kamu.  Lakukan pemertapaan minda kamu disana. 

Pesan ku pada diri biar tangan erat genggam pada dunia tapi hati tetap kencang meribut mengejar akhirat.  Jangan kerana nilai harta menggoyahkan prinsip yang kau telah pasakan sendiri duhai jiwa.  

Ya...  Sedih dan tergelincir semangat melihat minda dan sikap armada armada kecil yang berada di depan mata tapi apalah daya.  Aku juga armada yang telah pecah separuh.  Tak terdaya mengepalai armada armada kecil lain.  

Maka peranan aku hanyalah menyampaikan berita agar menjadi padoman diri mereka.  Malang... Sungguh meruntun rasa.  Yang dikhabarkan hanya umpama penceritaan sang tukang karut yang ligat bermain wayang kulit.  

Ini bukan cerita wayang kulit yang tersedia di layar sempit.  Ini adalah perjuangan berakit ke langit.  Seumpama apa pun rakit itu.  Tetap ia harus mudik kearah menuju Yang Esa.  😘