Kesedaran yang tetiba menampar pipi aku.
"Jangan kau sangkakan bekerja dengan mereka yang telah engkau kenali akan menjadikan engkau mudah."
Perghh... silap besar bhai aku datang sini tapi apakan daya kerana tugas dan tanggunjawab aku terpaksa terima sebab kalau tidak aku tak ada peluang lain sebab dah banyak peluang keemasan aku buang. hahaha.
Bagus untuk aku jugak sebab aku boleh belajar dari kesilapan diri dan sekeliling tetapi sejauh mana untuk aku bertahan itu yang menjadi persoalan umum. Berada sebaris... eh sebaris ke? Macam aku sedikit terkebelakang jer..... Ntahlah.. Tak kesah lah asalkan lagi depan daripada aku la. hahaha...
Kalau dahulu aku mengamalkan dasar yang terbuka yang menyebabkan berlakunya banyak perkara yang mengganggu ketenangan hidup aku, sekarang ini aku perlu menukar cara dan kaedah dalam mengawal dan melakukan sesuatu dengan cara mengembalikan pemikiran "nemesis" supaya aku lebih tidak tertumpu kepada semua yang berada disekeliling.
Sedang aku berusaha untuk menguatkan dan mengukuhkan keadaan. Ramai yang berkata perlu mengalah tetapi sebenarnya aku tak mahu sudah membenam EGO aku untuk melayan kejahatan manusia hahahaha.
Mereka yang merasakan diri mereka baik dan bagus harus aku biarkan mereka hanyut. Aku akan sekadar menjadi "Follower" kepada segala apa yang dipertanggungjawabkan ke atas aku kerana aku tak mahu lagi orang berkata kepada seolah-olah aku ini menjatuhkan sesuatu organisasi la ape la... memang tak baik kalau mengeluh tapi perlu ke sebar ke seluruh alam maya sampai semua org dok bertandang bertanya kat aku. Sorry to say la,.. memang aku defend diri la.. hahahaha
Jadi dengan penuh teliti aku mula menilai keadaan dan memastikan bahawa apa yang aku rasa atau fikiran tidak bocor keluar. Dalam ruang kerja yang sebegini aku merasakan yang terbaik adalah dengan berdiam diri dan membiarkan sahaja arus itu mengalir. Ya, aku akan mengikut arus dengan menaiki rakit tapi cara dan kelajuan aku berdayung berbeza.
Jadi dengan penuh teliti aku mula menilai keadaan dan memastikan bahawa apa yang aku rasa atau fikiran tidak bocor keluar. Dalam ruang kerja yang sebegini aku merasakan yang terbaik adalah dengan berdiam diri dan membiarkan sahaja arus itu mengalir. Ya, aku akan mengikut arus dengan menaiki rakit tapi cara dan kelajuan aku berdayung berbeza.
No comments:
Post a Comment