Friday, August 11, 2017

Ekspresi Melankoli Jiwa

"Setakat itu sahaja aku menundukkan keegoan..."

Sukar untuk bekerja dalam suasana yang sebenarnya kita terpaksa berhati-hati dalam menyusun langkah kaki dan tutur kata kerana manusia senantiasa memerhatikan ruang dan kesilapan kita. Ada sahaja kelemahan yang dijadikan sebagai senjata untuk menjatuhkan orang lain. Sedari awal lagi sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku, maka ia telah pun terjadi.

Mudah untuk mereka mengatakan bersabarlah berhadapan perihal jiwa yang tidak matang. Bicara hanya bermodal air liur sememangnya mudah. Paling yang tidak aku sukai adalah ketika orang menganggap perkara yang aku sedang hadapi adalah perkara remeh. Ya mungin ia remeh tetapi sebenarnya ia seringkali mempengaruhi mood kita untuk melakukan kerja. Momentum kerja pastikan akan terganggu. 

Usai sudah berhari-hari aku memikirkan, memohon maaf pada orang yang ego adalah sesuatu yang bodoh dan sia-sia kerana umpama menyuruh Iblis utk tunduk kepada Adam. Kalau bukan kerana "Islam", tidak sesekali akan aku pohon maaf pada mereka yang ego. Hanya kerana Allah aku usahakan merendah diri menjadikan diri ini hina untuk meminta maaf kepada sang Egois.

Terus menerus aku sedang belajar akan erti kehidupan dan aku sedar bahawa membuka terlalu banyak kisah dan keadaan kepada orang disekeliling aku akan hanya membuatkan aku lebih terdedah untuk ditikam di belakang hari. Bila saat kita meluahkan kita akan diperkatakan TIDAK IKHLAS. 

Aku rasa sudah tiba masa untuk aku mula menolak semua perkara disekeliling aku. Tidak ada perkara yang penting pada aku mulai saat ini melainkan impian-impian tulus yang ada dalam diri aku demi mengejar kejora kemenanagan. 

hidup adalah sebuah permainan yang kencang dan merbahaya kerana ketika amat halus cara permainan musuh. Maka kembalilah mencari identiti yang sebenar yang asalanya menjadkan aku seorang yang kuat. 

Aku akan kembali mencoret segala yang aku mahu dan rasakan perlu di ruang maya. No Game No Pain, No Pain No Avenge, No Avenge No Thrill, No Thrill No Life!

Maka bermulalah dari ini sebuah permainan hidup yang lebih menyeronokkan. Marah, sedih, sakit, pedih, benci harusnya ada disini. Biar tertinta agar menjaddi sebuah peringatan buat diriku tentang bagaimana dunia telah menghentam aku dan menghenyak semangat aku.

My Melancholy rhythm

I dont care anymore
Stay put with the trial
I will shout out loud
Let fire burn em down

Fire ignited by em
by their ego soul
thru their power
in their hand

Perkara-perkara yang perlu aku kembalikan dalam diri aku adalah elemen TANAH. Jadi lumpur bila dikejar haba. Jadi batu bila sedang dihenyak kayu. 

Banyak yang aku kena belajar dari kesilapan hidup aku ini. Maksud aku kesilapan seluruh hidup aku dan terutamanya kesilapan aku ketika berada di bumi bawah bayu ini. 

Aku bukan seorang Fighter
Aku bukan seorang Leader
Aku bukan seorang Teacher
Aku bukan seorang Achiever

Aku juga bukan seorang receiver mahupun kicker.

MIJI... 

Meliorate of Inventiveness from Japanese Ineffable style 
























No comments:

Post a Comment