Assalamualaikum wahai diri ku si Monofaru Miji.
Road to December. Yeah... Bunyi macam gembira je nak tamatkan zaman bujang tapi sebelum gembira tu kena hadap dahulu apa yang membungkam jiwa. Mujurlah aku bukan jenis yang cepat mengalah. Seringkali aku memotivasikan diri aku.
Semua ini mengajar aku berdiri sendiri. Bagus juga bagiku anak bongsu yg sering diperkatakan manja. Aku tak sebegitu. Berkhidmat di seberang laut menyebabkan aku terpaksa serahkan banyak urusan kepada mereka yg berada di sini. Tapi Allah mencatur dengan lebih hebat. Mak aku terlantar sakit tanpa sempat mengurus hal-hal aku. Jadi semua urusan itu berbalik pada aku.
Berbekalkan dua minggu cuti pertengahan semester aku kena berjuang habis habisan untuk selesaikan semua benda sendiri. Daripada kemas rumah yang sarat dengan barang, bawa ke stor yg dah bertahun x kemas, terus nk mengecat sekali dgn tandas. Itu baru bhgian dalam.
Kat laman rumah pulak nak ditebangnya pokok besar besar pakai gergaji bodo je. Adui seksa jugak. Akar tunggul lagi nk korek. Ade jugakla rasa give up tp aku tetap tak boleh give up sbb bnyk benda lagi kat hadapan. Jadi, aku kena usahakan supaya aku tak susahkan orang lain. Takpelah, rezeki aku untuk usaha semuanya sendiri. Pengalaman itu penting.
Mujurlah dah boleh diperkatakan banyak jugak la yg siap. Dlm 40% part yg dlm tugasan akh selesai. Yang tak jadi part aku cuma renovate umah sebab yg tu kontrak tor la buat. Aku cuma keluar modal je la. Tengah pening nk selesaikan lagi 60%.
Usaha tangga kejayaan.
Semoga segala urusan aku dipermudahkan.
Friday, August 25, 2017
Pergolakan Minda
Kesedaran yang tetiba menampar pipi aku.
"Jangan kau sangkakan bekerja dengan mereka yang telah engkau kenali akan menjadikan engkau mudah."
Perghh... silap besar bhai aku datang sini tapi apakan daya kerana tugas dan tanggunjawab aku terpaksa terima sebab kalau tidak aku tak ada peluang lain sebab dah banyak peluang keemasan aku buang. hahaha.
Bagus untuk aku jugak sebab aku boleh belajar dari kesilapan diri dan sekeliling tetapi sejauh mana untuk aku bertahan itu yang menjadi persoalan umum. Berada sebaris... eh sebaris ke? Macam aku sedikit terkebelakang jer..... Ntahlah.. Tak kesah lah asalkan lagi depan daripada aku la. hahaha...
Kalau dahulu aku mengamalkan dasar yang terbuka yang menyebabkan berlakunya banyak perkara yang mengganggu ketenangan hidup aku, sekarang ini aku perlu menukar cara dan kaedah dalam mengawal dan melakukan sesuatu dengan cara mengembalikan pemikiran "nemesis" supaya aku lebih tidak tertumpu kepada semua yang berada disekeliling.
Sedang aku berusaha untuk menguatkan dan mengukuhkan keadaan. Ramai yang berkata perlu mengalah tetapi sebenarnya aku tak mahu sudah membenam EGO aku untuk melayan kejahatan manusia hahahaha.
Mereka yang merasakan diri mereka baik dan bagus harus aku biarkan mereka hanyut. Aku akan sekadar menjadi "Follower" kepada segala apa yang dipertanggungjawabkan ke atas aku kerana aku tak mahu lagi orang berkata kepada seolah-olah aku ini menjatuhkan sesuatu organisasi la ape la... memang tak baik kalau mengeluh tapi perlu ke sebar ke seluruh alam maya sampai semua org dok bertandang bertanya kat aku. Sorry to say la,.. memang aku defend diri la.. hahahaha
Jadi dengan penuh teliti aku mula menilai keadaan dan memastikan bahawa apa yang aku rasa atau fikiran tidak bocor keluar. Dalam ruang kerja yang sebegini aku merasakan yang terbaik adalah dengan berdiam diri dan membiarkan sahaja arus itu mengalir. Ya, aku akan mengikut arus dengan menaiki rakit tapi cara dan kelajuan aku berdayung berbeza.
Jadi dengan penuh teliti aku mula menilai keadaan dan memastikan bahawa apa yang aku rasa atau fikiran tidak bocor keluar. Dalam ruang kerja yang sebegini aku merasakan yang terbaik adalah dengan berdiam diri dan membiarkan sahaja arus itu mengalir. Ya, aku akan mengikut arus dengan menaiki rakit tapi cara dan kelajuan aku berdayung berbeza.
Friday, August 11, 2017
Ekspresi Melankoli Jiwa
"Setakat itu sahaja aku menundukkan keegoan..."
Sukar untuk bekerja dalam suasana yang sebenarnya kita terpaksa berhati-hati dalam menyusun langkah kaki dan tutur kata kerana manusia senantiasa memerhatikan ruang dan kesilapan kita. Ada sahaja kelemahan yang dijadikan sebagai senjata untuk menjatuhkan orang lain. Sedari awal lagi sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku, maka ia telah pun terjadi.
Mudah untuk mereka mengatakan bersabarlah berhadapan perihal jiwa yang tidak matang. Bicara hanya bermodal air liur sememangnya mudah. Paling yang tidak aku sukai adalah ketika orang menganggap perkara yang aku sedang hadapi adalah perkara remeh. Ya mungin ia remeh tetapi sebenarnya ia seringkali mempengaruhi mood kita untuk melakukan kerja. Momentum kerja pastikan akan terganggu.
Usai sudah berhari-hari aku memikirkan, memohon maaf pada orang yang ego adalah sesuatu yang bodoh dan sia-sia kerana umpama menyuruh Iblis utk tunduk kepada Adam. Kalau bukan kerana "Islam", tidak sesekali akan aku pohon maaf pada mereka yang ego. Hanya kerana Allah aku usahakan merendah diri menjadikan diri ini hina untuk meminta maaf kepada sang Egois.
Terus menerus aku sedang belajar akan erti kehidupan dan aku sedar bahawa membuka terlalu banyak kisah dan keadaan kepada orang disekeliling aku akan hanya membuatkan aku lebih terdedah untuk ditikam di belakang hari. Bila saat kita meluahkan kita akan diperkatakan TIDAK IKHLAS.
Aku rasa sudah tiba masa untuk aku mula menolak semua perkara disekeliling aku. Tidak ada perkara yang penting pada aku mulai saat ini melainkan impian-impian tulus yang ada dalam diri aku demi mengejar kejora kemenanagan.
hidup adalah sebuah permainan yang kencang dan merbahaya kerana ketika amat halus cara permainan musuh. Maka kembalilah mencari identiti yang sebenar yang asalanya menjadkan aku seorang yang kuat.
Aku akan kembali mencoret segala yang aku mahu dan rasakan perlu di ruang maya. No Game No Pain, No Pain No Avenge, No Avenge No Thrill, No Thrill No Life!
Maka bermulalah dari ini sebuah permainan hidup yang lebih menyeronokkan. Marah, sedih, sakit, pedih, benci harusnya ada disini. Biar tertinta agar menjaddi sebuah peringatan buat diriku tentang bagaimana dunia telah menghentam aku dan menghenyak semangat aku.
My Melancholy rhythm
I dont care anymore
Stay put with the trial
I will shout out loud
Let fire burn em down
Fire ignited by em
by their ego soul
thru their power
in their hand
Perkara-perkara yang perlu aku kembalikan dalam diri aku adalah elemen TANAH. Jadi lumpur bila dikejar haba. Jadi batu bila sedang dihenyak kayu.
Banyak yang aku kena belajar dari kesilapan hidup aku ini. Maksud aku kesilapan seluruh hidup aku dan terutamanya kesilapan aku ketika berada di bumi bawah bayu ini.
Aku bukan seorang Fighter
Aku bukan seorang Leader
Aku bukan seorang Teacher
Aku bukan seorang Achiever
Aku juga bukan seorang receiver mahupun kicker.
MIJI...
Meliorate of Inventiveness from Japanese Ineffable style
Subscribe to:
Posts (Atom)