Friday, August 25, 2017

Road to December

Assalamualaikum wahai diri ku si Monofaru Miji.

Road to December.  Yeah...  Bunyi macam gembira je nak tamatkan zaman bujang tapi sebelum gembira tu kena hadap dahulu apa yang membungkam jiwa. Mujurlah aku bukan jenis yang cepat mengalah.  Seringkali aku memotivasikan diri aku.

Semua ini mengajar aku berdiri sendiri.  Bagus juga bagiku anak bongsu yg sering diperkatakan manja. Aku tak sebegitu.  Berkhidmat di seberang laut menyebabkan aku terpaksa serahkan banyak urusan kepada mereka yg berada di sini.  Tapi Allah mencatur dengan lebih hebat.  Mak aku terlantar sakit tanpa sempat mengurus hal-hal aku.  Jadi semua urusan itu berbalik pada aku.

Berbekalkan dua minggu cuti pertengahan semester aku kena berjuang habis habisan untuk selesaikan semua benda sendiri.  Daripada kemas rumah yang sarat dengan barang,  bawa ke stor yg dah bertahun x kemas,  terus nk mengecat sekali dgn tandas.  Itu baru bhgian dalam.

Kat laman rumah pulak nak ditebangnya pokok besar besar pakai gergaji bodo je.  Adui seksa jugak. Akar tunggul lagi nk korek.  Ade jugakla rasa give up tp aku tetap tak boleh give up sbb bnyk benda lagi kat hadapan.  Jadi, aku kena usahakan supaya aku tak susahkan orang lain.  Takpelah,  rezeki aku untuk usaha semuanya sendiri.  Pengalaman itu penting.

Mujurlah dah boleh diperkatakan banyak jugak la yg siap.  Dlm 40% part yg dlm tugasan akh selesai.  Yang tak jadi part aku cuma renovate umah sebab yg tu kontrak tor la buat.  Aku cuma keluar modal je la.  Tengah pening nk selesaikan lagi 60%.

Usaha tangga kejayaan.
Semoga segala urusan aku dipermudahkan.

Pergolakan Minda

Kesedaran yang tetiba menampar pipi aku. 

"Jangan kau sangkakan bekerja dengan mereka yang telah engkau kenali akan menjadikan engkau mudah."

Perghh... silap besar bhai aku datang sini tapi apakan daya kerana tugas dan tanggunjawab aku terpaksa terima sebab kalau tidak aku tak ada peluang lain sebab dah banyak peluang keemasan aku buang. hahaha.

Bagus untuk aku jugak sebab aku boleh belajar dari kesilapan diri dan sekeliling tetapi sejauh mana untuk aku bertahan itu yang menjadi persoalan umum. Berada sebaris... eh sebaris ke? Macam aku sedikit terkebelakang jer..... Ntahlah.. Tak kesah lah asalkan lagi depan daripada aku la. hahaha...

Kalau dahulu aku mengamalkan dasar yang terbuka yang menyebabkan berlakunya banyak perkara yang mengganggu ketenangan hidup aku, sekarang ini aku perlu menukar cara dan kaedah dalam mengawal dan melakukan sesuatu dengan cara mengembalikan pemikiran "nemesis" supaya aku lebih tidak tertumpu kepada semua yang berada disekeliling.

Sedang aku berusaha untuk menguatkan dan mengukuhkan keadaan. Ramai yang berkata perlu mengalah tetapi sebenarnya aku tak mahu sudah membenam EGO aku untuk melayan kejahatan manusia hahahaha.

Mereka yang merasakan diri mereka baik dan bagus harus aku biarkan mereka hanyut. Aku akan sekadar menjadi "Follower" kepada segala apa yang dipertanggungjawabkan ke atas aku kerana aku tak mahu lagi orang berkata kepada seolah-olah aku ini menjatuhkan  sesuatu organisasi la ape la... memang tak baik kalau mengeluh tapi perlu ke sebar ke seluruh alam maya sampai semua org dok bertandang bertanya kat aku. Sorry to say la,.. memang aku defend diri la.. hahahaha

Jadi dengan penuh teliti aku mula menilai keadaan dan memastikan bahawa apa yang aku rasa atau fikiran tidak bocor keluar. Dalam ruang kerja yang sebegini aku merasakan yang terbaik adalah dengan berdiam diri dan membiarkan sahaja arus itu mengalir. Ya, aku akan mengikut arus dengan menaiki rakit tapi cara dan kelajuan aku berdayung berbeza.

Friday, August 11, 2017

Ekspresi Melankoli Jiwa

"Setakat itu sahaja aku menundukkan keegoan..."

Sukar untuk bekerja dalam suasana yang sebenarnya kita terpaksa berhati-hati dalam menyusun langkah kaki dan tutur kata kerana manusia senantiasa memerhatikan ruang dan kesilapan kita. Ada sahaja kelemahan yang dijadikan sebagai senjata untuk menjatuhkan orang lain. Sedari awal lagi sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku, maka ia telah pun terjadi.

Mudah untuk mereka mengatakan bersabarlah berhadapan perihal jiwa yang tidak matang. Bicara hanya bermodal air liur sememangnya mudah. Paling yang tidak aku sukai adalah ketika orang menganggap perkara yang aku sedang hadapi adalah perkara remeh. Ya mungin ia remeh tetapi sebenarnya ia seringkali mempengaruhi mood kita untuk melakukan kerja. Momentum kerja pastikan akan terganggu. 

Usai sudah berhari-hari aku memikirkan, memohon maaf pada orang yang ego adalah sesuatu yang bodoh dan sia-sia kerana umpama menyuruh Iblis utk tunduk kepada Adam. Kalau bukan kerana "Islam", tidak sesekali akan aku pohon maaf pada mereka yang ego. Hanya kerana Allah aku usahakan merendah diri menjadikan diri ini hina untuk meminta maaf kepada sang Egois.

Terus menerus aku sedang belajar akan erti kehidupan dan aku sedar bahawa membuka terlalu banyak kisah dan keadaan kepada orang disekeliling aku akan hanya membuatkan aku lebih terdedah untuk ditikam di belakang hari. Bila saat kita meluahkan kita akan diperkatakan TIDAK IKHLAS. 

Aku rasa sudah tiba masa untuk aku mula menolak semua perkara disekeliling aku. Tidak ada perkara yang penting pada aku mulai saat ini melainkan impian-impian tulus yang ada dalam diri aku demi mengejar kejora kemenanagan. 

hidup adalah sebuah permainan yang kencang dan merbahaya kerana ketika amat halus cara permainan musuh. Maka kembalilah mencari identiti yang sebenar yang asalanya menjadkan aku seorang yang kuat. 

Aku akan kembali mencoret segala yang aku mahu dan rasakan perlu di ruang maya. No Game No Pain, No Pain No Avenge, No Avenge No Thrill, No Thrill No Life!

Maka bermulalah dari ini sebuah permainan hidup yang lebih menyeronokkan. Marah, sedih, sakit, pedih, benci harusnya ada disini. Biar tertinta agar menjaddi sebuah peringatan buat diriku tentang bagaimana dunia telah menghentam aku dan menghenyak semangat aku.

My Melancholy rhythm

I dont care anymore
Stay put with the trial
I will shout out loud
Let fire burn em down

Fire ignited by em
by their ego soul
thru their power
in their hand

Perkara-perkara yang perlu aku kembalikan dalam diri aku adalah elemen TANAH. Jadi lumpur bila dikejar haba. Jadi batu bila sedang dihenyak kayu. 

Banyak yang aku kena belajar dari kesilapan hidup aku ini. Maksud aku kesilapan seluruh hidup aku dan terutamanya kesilapan aku ketika berada di bumi bawah bayu ini. 

Aku bukan seorang Fighter
Aku bukan seorang Leader
Aku bukan seorang Teacher
Aku bukan seorang Achiever

Aku juga bukan seorang receiver mahupun kicker.

MIJI... 

Meliorate of Inventiveness from Japanese Ineffable style 
























Thursday, May 18, 2017

Evil eyes

Salam Jumaat
Salam Sejahtera

Pagi-pagi Jumaat ini sepatutnya memperbanyakkan solat melakukan kebaikan tetapi pada pagi ini aku nak memperbetulkan persepsi mata hati yg tersasar.

Hahahaha...! Funny moment adalah bila ada orang tak senang duduk dgn kita.  Aku pun pelik la..  Tak kacau org tapi org yg tak puas hati dgn kita.  Kena pulak org yg tak puas hati dgn kita tu org yg egois yang bajet berlagak bagus drpd org lain.

Betullah persepsi aku terhadap org segolongan bijak pandai.  Aku jeer noob.  Ahahahaa...  Dengki juga org sgn aku.  Hebatlah aku yg noob.  Tak kacau org pun org nk dengki.  Ckp kaki jek la kaki bahan la.  Kalau dah tau xmampu kena bahan jgn membahan.  Nti mkn diri sendiri.  Hahahahahaha..


Saturday, May 13, 2017

Menanti di akar rimbun

Sekian lama termendap terpana berbata akhirnya terdetik di hati untuk jeri jemari ini menukilkan coretan hati yang sedang resah.  Sekadar meluah apa yg berbuku dalam kolam hati yg semakin keruh warnanya.

Terasa kecundang ketika terlempar ke sini sehingga aku rasakan seperti sedang dihukum.  Inikah yg dinamai karma jiwa.  Tak mampu untuk mengungkapkan apa yang berlegar dlm ruang minda ini.  Yang aku tahu dan rasa seperti sengaja dicampak ke lembah durjana.

Sudut kehidupan ini menghimpit rapat aku ke dasar hipokrasi.  Aku tak patut hipokrit menerima semuanya begitu shj.  Kenapa aku pilih ke sini...  Aku tak pernah untuk mahu ke sini.  Aku bersyukur meskipun aku keberatan.

Namun,  mereka yang Engkau hantar bersama adalah satu bentuk ujian buat aku.  Cukup sudah merasa sakit dengan ujian yg aku bawa dari sana tetap disini aku temukan ujian lagi.  Kadangkala aku tertanya kenapa aku tak dihantar bersama rakan yg boleh bersama berjuang.  Knp tidak dgn joe,  fuad,  karim, pokya,  atau mereka yg pernah aku hormati dlm tugasan.  Kenapa mesti aku tercampak dengan mereka yg punyai agenda tersendiri?

Hati ini telah lama mati sejak aku mengerti akan hakikat hidup dan berbaris bersama egois,  hipokrasi dan juga hasad.  Hanya jasad aku berdiri di sini tanpa ada rasa indah.  Mujur masih ada mereka yg mahu bersama meluruskan baris.  Tapi kenapa bukan di dlam sangkar yg sama?

Kenapa mesti aku bersama merak kayangan? Cukuplah aku akan lebih gembira dikurung bersama pipit.  Aku pun masih lagi belum faham.  Tapi apa pun benarlah kata2 mereka yang mngenaliku.  Aku sekadar sandaran ketika panji setengah tiang.  Mungkin kerana dlam sifat keji aku tersembunyi satu semangat setiakawan.  Tidak khianati saat mereka perlukan aku.

Tapi cukuplah sekadar di sini...
Aku masih mengharapkan rakan satu sangkar yg boleh bekerja bersama.  Bukan mereka yg ego dan terlalu hasad pada kekuatan orang lain.

Masih menunggu dan mencari setiakawan itu.