Asslamualaikum warahmatullah wabarokatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Bukanlah beerti aku cemburu mahupun punyai rasa iri dalam tinta aku ini. Ianya sekadar sebuah nukilan hati yang sedang meluahkan rasa luluh dijalan hidup ini. Tidak bermakna aku mempertikaikan rezeki aku. Aku bersyukur dan nampak akan hikmahMu ya Rabb. Aku cuma pinta diteguhkan rasa dalam diri ini. Aku sedar dan faham bahawa masih ramai lagi yang menerima nasib yang serupa malah lebih teruk lagi.
Tentang perasaan hati aku yang sedang terhakis rasa cekal. Aku tak tahu lagi kemana harus tuju dalam memperjuangkan jalan ini. aku mencuba sedaya upaya aku untuk mendpatkan apa yang aku rasakan jalan aku tapi semua itu tidak tergapai. Saat ini aku tidak lagi terdaya memikirkan dimanakah letakkan titik mula buat aku. Aku terus melata dalam kabus kelabu yang menggigit pandangan.
Mengukir ceritera jalan ini sangat menegecewakan aku sehingga rasa putus daya usaha menyelubungi aku. Semuanya umpama seperti makin digenggam tetapi hancur berkecai begitu sahaja harapan. Di dalam setiap doa namaMu takkan ku lupa sehingga Engkau mencintai aku.
Aku bersangka baik terhadap Mu ya Allah. Syukran ya Allah. Alhamdulillah.
Aku tidak sesekali lupa pada doa aku yang pernah aku panjatkan pada Mu:
"Jika aku terpaksa mengorbankan doaku ini untuk memilih antara hidup dan pulihNya ibu aku dari apa yang sedang dia alami maka korbankanlah ruang rezeki aku dengan menggantikan kesihatan ibu ku."
Engkau telah memberikan jawapan kepada aku banyak perkara yanga di antaranya adalah:
Aku tidak mendapat menjawat apa-apa jawatan sehingga kini kerana...
1. Menjadi pemudah buat urusan ibu dan ayah ku. Dalam keadaan mereka yang tidak berdaya aku ada disisi mereka atas kehendakMu.
2. Aku menjadi jalan kepada beberapa sahabat mendapat kerjaya mereka. Aku pernah dengar akan orang berkata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Maka dalam usaha aku mencari jalan, telah aku menjadi jalan buat mereka. Syukur Alhamdulillah.
Ya Allah... terima kasih kerana mengabulkan satu impian dan harapan aku iaitu menjadi bermanfaat kepada orang lain. Syukur. Alhamdulillah... anugerah yang tidak aku sedar.
Aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada Mu... Aku tahu jiwa aku terlalu rapuh dan kotor untuk Engkau kurniakan maqbul kepada aku. Semua yang aku perolehi selama ini atas doa-doa mereka yang lain.
In Shaa Allah akan hadir yang terbaik buat aku.
No comments:
Post a Comment