SEDEKAD GAGAL
Aku dedikasikan blog ini sebagai sebuah azimat baru dalam hidup aku. Sedekad yang tidak semua menjadi yang datangnya seakan menguji. Sehingga lelash dan lumpuh jiwa ini. Gagal dalam kebanyakan perkara diatas kealpaan diri. Semuanya SALAH AKU sendiri.
Biarpun seringkali cuba merubah diri menjadi seseorang masih aku belum bisa menggapai ilusi itu. Jauh di dalam jiwa ini terenap rasa jumud yang menebal. Gagal demi gagal terus membunuh dan mencacatkan keyakinan diri.
Sehinggalah aku disedarkan tentang ‘REDHA’. Tidak aku pernah memahami apa itu redha sehinggalah aku sendiri merelakan segala yang telah terjadi dan semua keputusan yang aku ambil. Relakan segalanya berlaku dengan meyakinkan diri bahawa ianya adalah ujian-ujian yang ditimpakan untuk mendatangkan nikmat dan pengajaran.
Kali terakhir pada 2006 menikmati erti kejayaan. Merasakan diri telah menjadi ‘seseorang’. Namun manusia hina dan alpa ini mula melalui jalan kegagalan demi kegagalan kerana terlalu berkeyakinan kepada ikhtiar yang kecil.
2008 menjadi titik tolak kemusnahan aku ketika’empayar bijak’ mulai menjunam dan menjadi bodoh kerana terlalu selesa dengan keseronokan hingga lupa kepada komitmen yang perlu. Masih berdegil sehingga 2011 tetap dengan kegagalan ditakuk lama. Tiada apa yang tertebus atas kesalahan lalu, hanya yang ada GAGAL demi GAGAL sehingga tewas. Itulah aku dalam dunia aku yang gagal bukan sahaja dalam akademik tetapi dalam hubungan juga.
Aku mengjangkakan akan berlaku ombak perubahan dengan arus perjuangan yang aku sekali lagi ikhtiarkan demi menciptakan kebangkitan. Tapi... Tak semua yang kita impikan akan tercapai. Tetap terus tewas didalam pilihan yang salah. Merunduk tewas dengan pilihan jalan hidup yang masih rapuh.
Jatuh bangkit semula. Kemudian, jatuh semula dan merangkak naik. Sampai bila harus bertahan? Hanya bertahan dan mempertahankan. Tidak ada sebarang cubaan menongkah yang dapat dilakukan. Terus mencuba mengeluarkan diri dari sistem gagal namun terus terbelenggu dalam lingkaran pengecut dan jumud.
Cuba membina sebuah kehidupan baharu dengan cara baharu. Ketepikan segala yang lalu yang dianggap sebagai penghalang. Terbukti cara itu gagal. Merasakan diri tidak kuat kemudian berusaha dengan mengambil sedikit apa yang yang dianggap sebagai kebolehpercayaan dari masa lalu. Lagi dan lagi menemui gagal.
Buntu dan hilang asa untuk memikirkan sebuah anjakan paradigma. Tidak nampak kemana lagi arah tujunya. Terus dibanyangi rasa resah dan gelisah. Masih ada lagi palitan gangguan yang meracuni dan melumutkan perjalanan yang lelah.
Sepanjang perjalan terus dicarik oleh onak dan duri. Setiap masa dibebani dengan dosa-dosa salah memilih jalan. Setiap langkah dipanah gelintar sang musuh yang dengki.
Ya... Aku pelajari selagi mana kita belum menjadi pesaing kita akan disayangi. Ketika dianggap sebagai pesaing oleh manusia yang kita anggap brotherhood maka disni aku silap mencatur langkah. Hadap kembali tikaman dari belakang sepertimana yang pernah aku terima dari brotherhood yang lain sebelum ini.
Maka aku pulang kembali mencari ‘Trust Nobody’ supaya aku lebih selamat dalam jalan juang ini. Mashi kabur teraba dalam terang. Tetap terus bertahan demi menafikan kegagalan. Aku tidak percaya kepada erti tewas namun hakikatnya aku memang sedang lemas dalam lautan gagal.
Sehinggalah aku merelakan segalanya dan memilih untuk meninggalkan segala yang lalu dan hanya mengambil apa yang perlu sahaja untuk aku aku bawa bersama dalam jalan yang baru aku temui di persimpangan ini.
Mengharap kepada pengakhiran dekad yang pertama, aku sebenarnya sudah terlalu lesu dan tidak p[unya rasa untuk terus memandang jalan lalu. Terus mengheret kaki aku meskipun terlalu berat.
SHRED IT BACK!!!
Aku kenal sebahagian dari aku ini. Aku bukan sang pengalah yang tunduk pada acuan orang lain yang selalu menghina dan menjatuhkan aku. I was born in March. I am born to lead! I will lead myself.
2016 membuka tirai dengan semangat separa tiang. Masih mendaki lereng rapuh dan licin dalam jiwa ini. Sehinggalah satu demi satu titik koordinat letaknya kegagalan aku beransur pergi dan diganti dengan harapan demi harapan yang sedikit.
MAC 2016 menjadi satu permulaan aku bergerak. Sampai bila mahu bergantung pada ikhtiar diri sendiri yang selalu salah arah dalam menetapkan arah tuju?
WHEN SESSIONIST SHREDDING THE GUITAR
Hari demi hari berlalu dan berganti. Begitu juga dengan nafas aku yang terhembus. ACCEPT THE FATE!!!
Ketika merasakan dunia seperti memperjudikan nasib, aku mula sedar segala ini masih berbalik kepada satu kuasa iaitu ALLAH SWT. Aku sedar aku tewas kerana aku setia tidak kepada satu-satunya Cinta Teragung. Aku sekali dibentak dengan kata-kata yang menusuk qalbu akan nilai perjuangan sebenar.
Ketika aku berjuang diatas ikhtiar aku sendiri maka aku akan ditinggalkan hanya bersama ikhtiar ku. Jika aku menyandarkan ikhtiar aku bersulamkan munajat hasrat kepada Allah sudah pasti akan setiap bibit ikhtiar aku akan diiringi harapan ‘kun fayakun’.
---- MAC 2016 ----