Saturday, July 2, 2016

Pegawai Tadbir Diplomatik PTD vs Cikgu

MashaaAllah sungguh tersepit rasa bila terpaksa memilih salah satunya. 
Bermula dengan status tidak diketahui akan bilanya tempoh untuk interview dan penempatan guru sehinggalah sekarang ni terpaksa memilih antara dua. Pada asalnya memandang kepada keadaan senior yang tidak dipanggil temuduga oleh SPP membuatkan aku rasa seperti peluang semakin tipis untuk menjadi guru. 

Aku usahakan juga untuk mencari kerja yang tetap meskipun tahu bukan mudah. Aku pun mencuba nasib dengan beberapa karnival kerjaya. TAPI... terdapat beberapa faktor yang menjadi kepada usaha aku tumpah sia-sia di tempat-tempat sebegitu.

1. Fresh Graduate. Takda pengalaman kata mereka maka tidak layaklah nak mencuba nasib. Sekadar mencuba je la.

2. Ada title PENDIDIKAN. Persepsi menyangka bahawa ada je perkataan PENDIDIKAN bermakna bakal jadi guru dan akan meninggalkan kerja jika dipanggil untuk menjawat jawatan guru.

Lalu aku pun mencuba nasib buat kali pertamanya untuk jawatan kerajaan iaitu jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik gred M41 pada tahun ini. Syukur....Alhamdulillah... LULUS ujian online. Seronok rasanya dipanggil ke Pre Assessment Center (PAC). Di sini segala kemahiran interpersonal akan digunapakai speenuhnya. Selain pengetahuan dan sifat kepimpinan yang dinilai, perwatakan dan cara mengawal provokasi juga menjadi ukuran. 

Syukur Alhamdulillah... LULUS untuk kali pertama PAC. Yela memandangkan ini kali pertama mencuba. Setealh itu dipanggil ke temuduga. Sesi temuduga berjalan dengan santai. Akhirnya selesai ketiga-tiga peringkat awal untuk menjadi seorang PTD. Dapat keputusan. LULUS temuduga sebagai calaon simpanan. Jadi, bila status sebagai calon simpanan aku oun jadi tidak mengharap sangat. 

Sehingga satu saat terima panggilan daripada seorang rakan yang memaksa aku untuk semak email. Terkejut aku apabila semua calon simpanan dipanggil. Seronok tak terhingga rasanya. Sengih seongsorang dalam kereta macam kerang busuk. Punyalah seronok tapi timbul pulak kerisauan bila teringat kecederaan lutut serius. Terfikir balik. Mampu ke nak ikut semua aktiviti kadet PTD tu nanti.

Dalam dok risau tu tetiba muncul pulak dilema. Result temuduga SPP keluar.

LULUS!!!!

aisyeh... macam mana ni?? Adui... pening. Dilema terus nak pilih yang mana. Maka, bermulalah episod...

CIKGU vs PTD 


Tamparan hebat sebab kedua-dua jawatan ini sebenarnya mencabar dan aku suka kepada cabaran. Sekali lagi... bermulalah episod pencarian jawapan.

yang mana satu jadi pilihan???

#PTD
#GURU
#SPP
#SPA

Sehingga kini masih dilema untuk memilih... Jawapan MUKTAMAD perlu difikirkan sebelum 14 Julai 2016 ini. hahahahahahaha!!!!!!

HELP ME!!!!!!!!!!!!!!!!





Sunday, March 20, 2016

SEDEKAD GAGAL

SEDEKAD GAGAL 
Aku dedikasikan blog ini sebagai sebuah azimat baru dalam hidup aku. Sedekad yang tidak semua menjadi yang datangnya seakan menguji. Sehingga lelash dan lumpuh jiwa ini. Gagal dalam kebanyakan perkara diatas kealpaan diri. Semuanya SALAH AKU sendiri.

Biarpun seringkali cuba merubah diri menjadi seseorang masih aku belum bisa menggapai ilusi itu. Jauh di dalam jiwa ini terenap rasa jumud yang menebal. Gagal demi gagal terus membunuh dan mencacatkan keyakinan diri. 

Sehinggalah aku disedarkan tentang ‘REDHA’. Tidak aku pernah memahami apa itu redha sehinggalah aku sendiri merelakan segala yang telah terjadi dan semua keputusan yang aku ambil. Relakan segalanya berlaku dengan meyakinkan diri bahawa ianya adalah  ujian-ujian yang ditimpakan untuk mendatangkan nikmat dan pengajaran.

Kali terakhir pada 2006 menikmati erti kejayaan. Merasakan diri telah menjadi ‘seseorang’. Namun manusia hina dan alpa ini mula melalui jalan kegagalan demi kegagalan kerana terlalu berkeyakinan kepada ikhtiar yang kecil. 

2008 menjadi titik tolak kemusnahan aku ketika’empayar bijak’ mulai menjunam dan menjadi bodoh kerana terlalu selesa dengan keseronokan hingga lupa kepada komitmen yang perlu. Masih berdegil sehingga 2011 tetap dengan kegagalan ditakuk lama. Tiada apa yang tertebus atas kesalahan lalu, hanya yang ada GAGAL demi GAGAL sehingga tewas. Itulah aku dalam dunia aku yang gagal bukan sahaja dalam akademik tetapi dalam hubungan juga.
Aku mengjangkakan akan berlaku ombak perubahan dengan arus perjuangan yang aku sekali lagi ikhtiarkan demi menciptakan kebangkitan. Tapi... Tak semua yang kita impikan akan tercapai. Tetap terus tewas didalam pilihan yang salah. Merunduk tewas dengan pilihan jalan hidup yang masih rapuh.

Jatuh bangkit semula. Kemudian, jatuh semula dan merangkak naik. Sampai bila harus bertahan? Hanya bertahan dan mempertahankan. Tidak ada sebarang cubaan menongkah yang dapat dilakukan. Terus mencuba mengeluarkan diri dari sistem gagal namun terus terbelenggu dalam lingkaran pengecut dan jumud. 

Cuba membina sebuah kehidupan baharu dengan cara baharu. Ketepikan segala yang lalu yang dianggap sebagai penghalang. Terbukti cara itu gagal. Merasakan diri tidak kuat kemudian berusaha dengan mengambil sedikit apa yang yang dianggap sebagai kebolehpercayaan dari masa lalu. Lagi dan lagi menemui gagal.

Buntu dan hilang asa untuk memikirkan sebuah anjakan paradigma. Tidak nampak kemana lagi arah tujunya. Terus dibanyangi rasa resah dan gelisah. Masih ada lagi palitan gangguan yang meracuni dan melumutkan perjalanan yang lelah. 

Sepanjang perjalan terus dicarik oleh onak dan duri. Setiap masa dibebani dengan dosa-dosa salah memilih jalan. Setiap langkah dipanah gelintar sang musuh yang dengki.

Ya... Aku pelajari selagi mana kita belum menjadi pesaing kita akan disayangi. Ketika dianggap sebagai pesaing oleh manusia yang kita anggap brotherhood maka disni aku silap mencatur langkah. Hadap kembali tikaman dari belakang sepertimana yang pernah aku terima dari brotherhood yang lain sebelum ini. 

Maka aku pulang kembali mencari ‘Trust Nobody’ supaya aku lebih selamat dalam jalan juang ini. Mashi kabur teraba dalam terang. Tetap terus bertahan demi menafikan kegagalan. Aku tidak percaya kepada erti tewas namun hakikatnya aku memang sedang lemas dalam lautan gagal. 

Sehinggalah aku merelakan segalanya dan memilih untuk meninggalkan segala yang lalu dan hanya mengambil apa yang perlu sahaja untuk aku aku bawa bersama dalam jalan yang baru aku temui di persimpangan ini. 

Mengharap kepada pengakhiran dekad yang pertama, aku sebenarnya sudah terlalu lesu dan tidak p[unya rasa untuk terus memandang jalan lalu. Terus mengheret kaki aku meskipun terlalu berat. 

SHRED IT BACK!!!

Aku kenal sebahagian dari aku ini. Aku bukan sang pengalah yang tunduk pada acuan orang lain yang selalu menghina dan menjatuhkan aku. I was born in March. I am born to lead! I will lead myself.

2016 membuka tirai dengan semangat separa tiang. Masih mendaki lereng rapuh dan licin dalam jiwa ini. Sehinggalah satu demi satu titik koordinat letaknya kegagalan aku beransur pergi dan diganti dengan harapan demi harapan yang sedikit. 

MAC 2016 menjadi satu permulaan aku bergerak. Sampai bila mahu bergantung pada ikhtiar diri sendiri yang selalu salah arah dalam menetapkan arah tuju?
WHEN SESSIONIST SHREDDING THE GUITAR

Hari demi hari berlalu dan berganti. Begitu juga dengan nafas aku yang terhembus. ACCEPT THE FATE!!! 

Ketika merasakan dunia seperti memperjudikan nasib, aku mula sedar segala ini masih berbalik kepada satu kuasa iaitu ALLAH SWT. Aku sedar aku tewas kerana aku setia tidak kepada satu-satunya Cinta Teragung. Aku sekali dibentak dengan kata-kata yang menusuk qalbu akan nilai perjuangan sebenar. 

Ketika aku berjuang diatas ikhtiar aku sendiri maka aku akan ditinggalkan hanya bersama ikhtiar ku. Jika aku menyandarkan ikhtiar aku bersulamkan munajat hasrat kepada Allah sudah pasti akan setiap bibit ikhtiar aku akan diiringi harapan ‘kun fayakun’. 

---- MAC 2016 ----

    


Thursday, March 3, 2016

Tak Tahu Lagi Mana Arahnya...

Asslamualaikum warahmatullah wabarokatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Bukanlah beerti aku cemburu mahupun punyai rasa iri dalam tinta aku ini. Ianya sekadar sebuah nukilan hati yang sedang meluahkan rasa luluh dijalan hidup ini. Tidak bermakna aku mempertikaikan rezeki aku. Aku bersyukur dan nampak akan hikmahMu ya Rabb. Aku cuma pinta diteguhkan rasa dalam diri ini. Aku sedar dan faham bahawa masih ramai lagi yang menerima nasib yang serupa malah lebih teruk lagi. 

Tentang perasaan hati aku yang sedang terhakis rasa cekal. Aku tak tahu lagi kemana harus tuju dalam memperjuangkan jalan ini. aku mencuba sedaya upaya aku untuk mendpatkan apa yang aku rasakan jalan aku tapi semua itu tidak tergapai. Saat ini aku tidak lagi terdaya memikirkan dimanakah letakkan titik mula buat aku. Aku terus melata dalam kabus kelabu yang menggigit pandangan. 

Mengukir ceritera jalan ini sangat menegecewakan aku sehingga rasa putus daya usaha menyelubungi aku. Semuanya umpama seperti makin digenggam tetapi hancur berkecai begitu sahaja harapan. Di dalam setiap doa namaMu takkan ku lupa sehingga Engkau mencintai aku.

Aku bersangka baik terhadap Mu ya Allah. Syukran ya Allah. Alhamdulillah.

Aku tidak sesekali lupa pada doa aku yang pernah aku panjatkan pada Mu:

"Jika aku terpaksa mengorbankan doaku ini untuk memilih antara hidup dan pulihNya ibu aku dari apa yang sedang dia alami maka korbankanlah ruang rezeki aku dengan menggantikan kesihatan ibu ku."

Engkau telah memberikan jawapan kepada aku banyak perkara yanga di antaranya adalah:

Aku tidak mendapat menjawat apa-apa jawatan sehingga kini kerana...

1. Menjadi pemudah buat urusan ibu dan ayah ku. Dalam keadaan mereka yang tidak berdaya aku ada disisi mereka atas kehendakMu.

2. Aku menjadi jalan kepada beberapa sahabat mendapat kerjaya mereka. Aku pernah dengar akan orang berkata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Maka dalam usaha aku mencari jalan, telah aku menjadi jalan buat mereka. Syukur Alhamdulillah.

Ya Allah... terima kasih kerana mengabulkan satu impian dan harapan aku iaitu menjadi bermanfaat kepada orang lain. Syukur. Alhamdulillah... anugerah yang tidak aku sedar. 


Aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada Mu... Aku tahu jiwa aku terlalu rapuh dan kotor untuk Engkau kurniakan maqbul kepada aku. Semua yang aku perolehi selama ini atas doa-doa mereka yang lain. 

In Shaa Allah akan hadir yang terbaik buat aku.  


Sunday, February 14, 2016

2016 Cold Welcome

Assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Setelah sekian lama membutakan mata ku dari dunia blogging. Ianya sangat klise dalam sebuah kjehidupan ada fasa turun naik dan adakalanya masa kita perlu mengelak atau melepaskan diri dari segala kekusutan yang berlaku.

Alhamdulillah dengan nafas yang kembali dihela, akan ku cuba untuk kembali menjadikan blogini sebagai tiari kehidupan aku yang bisa disingkap. Aku tidak kesah akan tahunya orang tentang kehidupan aku kerana akucuam seorang yang kecil sahaja. Kerdil bertanggam kelemahan. 

Pada Julai 2015 aku melabuhkan tirai untuk berblogging kerana aku sedar banyak kesilapan dalam mengatur langkah hidup. Setelah itu aku cuba untuk membuka kembali harapan untuk kembali menaip sebab jari-jemari akudah gatal tapi pada September 2015 aku sekadar melepaskan batuk ditangga. 

InshaaAllah Feb 2016 ini akan menjadi satu titik mula untuk aku kembali berblogging dengan penuh semangat. Semenjak munculnya instagram dalam hidup aku, ternyata aku lebih suka melakukan microblogging

Tahun ini merupakan tahun yang menjadi cabaran buat aku. Aku sudah cukup kecewa dengan janji manis dan juga harapan palsu berkaitan dengan perkara yang melibatkan perguruan. ISMP UA yang kelihatan menjadi anak tiri yang teru menerus dibiarkan terkontang kanting. Untuk apa kursus perguruan dibuka kemudian tiada posting. Sangat mengecewakan apabila diperlakukan sebegini. Malas nak layan mainan politik ni. Buat jadi lebih bodoh dan tak berguna.

Banyak yang perlu difikirkan tahun ini berkenaan PTPTN dan juga career path. Fikir pasal posting sudah pastinya KPM dan SPP tidak akan sebelahkan ISMP UA. Mudah sahaja, hak tetap hak. Jika hak tidak ditunaikan maka ia menjadi 'hutang'. Jadi kalau tuntut di dunia tak berhasil adalah lebih baik tuntutan itu dibawa ke dalam kubur sampai ke akhirat.

Kenapa macam tu? Tak baik kata orang sebab rezeki kat mana-mana. Tapi setiap jalan untuk rezeki kena ada usaha. Aku dah berusah EMPAT tahun di UPSI untuk melayakkan diri measuki bidang perguruan tapi nampaknya seberang laut sana lebih beri manfaat maka sana diutamakan. Aku bukan berdengki tetapi menanyakan kemana usaha selama ini untuk menjadi seorang pendidik itu dibuang? Tak mengapa. Macam yang sudah aku perkatakan. aku tetap tuntut mahupun di akhirat sana. Terima kasih kerana memberi harapan palsu dan janji manis. 

Cukup setakat itu sahaja untuk aku memperkatakan tentang ISMP/KPM/SPP buat masa ini sehingga timbul yang baharu selepas 'KPM Tidak Bercadang Untuk Mengambil Guru Tahun 2016'. Kita lihat sahaja bagaimana golongan muda ISMP yang tertindas ini melakukan suatu paradigma baharu terhadap senario politik sekarang. Sekarang ini golongan muda sedang mencari pihak yang boleh menolong dan membela mereka bukan membiar mereka terkontang kanting sepertiyang diperlakukan sekarang ini.  

Cukuplah setakat ini sahaja. Bosan cerita pasal Dirty Filthy Politics. 

ISMP akan terus Tuntut Penempatan