Penyusunan kerja serta pasukan yang berambisi menjadikan sesebuah apsukan itu kembali kuat dan sentiasa berada tahap terbaik. Banyak hal-hal kecil yang sebenarnya boleh dimudahkan sengaja dijadikan rumit. Kesannya menyebabkan kita perlu membelanjakan kos masa, tenaga dan wang. Merugikan sebenarnya.
Pemikiran yang strategik sentiasa meletakkan beberapa indikator agar terus mencapai keputusan yang sangat efektif dan signifikan.
Indikator Utama yang perlu dinilai adalah:
1. Kualiti Masa
2. Tenaga dan sumber
3. Kos
4. Polisi dan dasar
Mengapa saya selalu meletakkan indikator sebegini dalam beberapa perinician penugasan?
Bertunjangkan KESAN DOMINO atau juga disebut sebut sebagai DOMINO EFFECTS. Acapkali kita terlepas pandang dalam perkara kerana kelemahan dalam mencatur gerak kerja dengan jelas. Mementingkan hasil yang cepat dalam jangka masa pendek adalah keadaan hanya baik bagi perkara tertentu namun memberi kesan jangka masa panjang yang negatif seperti burnout dan hilang daya kreativiti.
Menyedihkan hal ini sebenarnya diabaikan oleh beberapa pihak yang hanya bertunjangkan HASIL CEPAT. Rugi apabila memiliki sesebuah pasukan yang kreatif dan produktif tetapi perancang bertindak kurang bijak.
Kembali kepada indikator pertama... iaitu MASA.
Masa sehaursnya disusun dengan baik dan jelas serta stabil agar tidak terlalu fleksibel. Fleksibiliti yang terlalu tinggi akan menjejaskan kestabilan yang menjurus kearah flaktuasi dalam menuntaskan keputusan. Akhirnya, berubah-ubah keputusan yang diberikan. Lagi-lagi persediaan saat-saat akhir serta mahukan hasil dalam masa yang singkat.

Pada peringkat ini seharusnya kita perlu TRUST THE PROCESS. Beri sedikit waktu untuk berfikir. Berikan juga sedikit waktu merancang. Berikan sedikit waktu juga untuk mengkaji semula rancangan yang telah dibuat. Perkara asas sebegini sebenarnya sangat efektif dalam membentuk budaya kerja sihat dan bijak. Malangnya keadaan yang sepatutnya berlaku tidak berlaku kerana pemikiran yang sedikit terkebelakang. Merugikan.
Masa yang berkualiti adalah masa yang seimbang kepada pekerja. Penugasan yang mempunyai cukup masa bekerja dan juga ruang masa berehat memberi peningkatan dalam produktiviti. Malang sekali lagi apabila pengurusan atau pentadbir hilang pedoman disini. Sekali lagi puncanya adalah MAHUKAN HASIL CEPAT dan terlalu PERFECTIONIST serta MENGEJAR RANKING PUJIAN.
Seharusnya yang dikejar adalah kualiti kerja yang akan mempengaruhi kesan jangka masa panjang. Malang sekali budaya kerja yang tidak sihat terus menerus berlaku. Masakan tidak, diperah sehabisnya mereka yang rajin, dipaksa sekerasnya mereka yang bijak dan menatang mereka yang toksik. Sedih. Ini bukan norma kerja yang sihat. Siapa mereka yang toksik ini? Nanti akan diceritakan ciri-ciri manusia toksik dalam ruang lingkung kita.
P/s: stop disini dulu lah yer... kita sambung di part 2 nanti. Cerita pasal indikator kedua pulak nanti.
**Tak takut kantoi ke kritik kat sini. Rileks... Berani kerana benar. Hanya menintakan disini bukan di medsos kerna ini perlu menjadi pedomoan buat aku.