Thursday, May 18, 2017

Evil eyes

Salam Jumaat
Salam Sejahtera

Pagi-pagi Jumaat ini sepatutnya memperbanyakkan solat melakukan kebaikan tetapi pada pagi ini aku nak memperbetulkan persepsi mata hati yg tersasar.

Hahahaha...! Funny moment adalah bila ada orang tak senang duduk dgn kita.  Aku pun pelik la..  Tak kacau org tapi org yg tak puas hati dgn kita.  Kena pulak org yg tak puas hati dgn kita tu org yg egois yang bajet berlagak bagus drpd org lain.

Betullah persepsi aku terhadap org segolongan bijak pandai.  Aku jeer noob.  Ahahahaa...  Dengki juga org sgn aku.  Hebatlah aku yg noob.  Tak kacau org pun org nk dengki.  Ckp kaki jek la kaki bahan la.  Kalau dah tau xmampu kena bahan jgn membahan.  Nti mkn diri sendiri.  Hahahahahaha..


Saturday, May 13, 2017

Menanti di akar rimbun

Sekian lama termendap terpana berbata akhirnya terdetik di hati untuk jeri jemari ini menukilkan coretan hati yang sedang resah.  Sekadar meluah apa yg berbuku dalam kolam hati yg semakin keruh warnanya.

Terasa kecundang ketika terlempar ke sini sehingga aku rasakan seperti sedang dihukum.  Inikah yg dinamai karma jiwa.  Tak mampu untuk mengungkapkan apa yang berlegar dlm ruang minda ini.  Yang aku tahu dan rasa seperti sengaja dicampak ke lembah durjana.

Sudut kehidupan ini menghimpit rapat aku ke dasar hipokrasi.  Aku tak patut hipokrit menerima semuanya begitu shj.  Kenapa aku pilih ke sini...  Aku tak pernah untuk mahu ke sini.  Aku bersyukur meskipun aku keberatan.

Namun,  mereka yang Engkau hantar bersama adalah satu bentuk ujian buat aku.  Cukup sudah merasa sakit dengan ujian yg aku bawa dari sana tetap disini aku temukan ujian lagi.  Kadangkala aku tertanya kenapa aku tak dihantar bersama rakan yg boleh bersama berjuang.  Knp tidak dgn joe,  fuad,  karim, pokya,  atau mereka yg pernah aku hormati dlm tugasan.  Kenapa mesti aku tercampak dengan mereka yg punyai agenda tersendiri?

Hati ini telah lama mati sejak aku mengerti akan hakikat hidup dan berbaris bersama egois,  hipokrasi dan juga hasad.  Hanya jasad aku berdiri di sini tanpa ada rasa indah.  Mujur masih ada mereka yg mahu bersama meluruskan baris.  Tapi kenapa bukan di dlam sangkar yg sama?

Kenapa mesti aku bersama merak kayangan? Cukuplah aku akan lebih gembira dikurung bersama pipit.  Aku pun masih lagi belum faham.  Tapi apa pun benarlah kata2 mereka yang mngenaliku.  Aku sekadar sandaran ketika panji setengah tiang.  Mungkin kerana dlam sifat keji aku tersembunyi satu semangat setiakawan.  Tidak khianati saat mereka perlukan aku.

Tapi cukuplah sekadar di sini...
Aku masih mengharapkan rakan satu sangkar yg boleh bekerja bersama.  Bukan mereka yg ego dan terlalu hasad pada kekuatan orang lain.

Masih menunggu dan mencari setiakawan itu.