Assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Setelah sekian lama membutakan mata ku dari dunia blogging. Ianya sangat klise dalam sebuah kjehidupan ada fasa turun naik dan adakalanya masa kita perlu mengelak atau melepaskan diri dari segala kekusutan yang berlaku.
Alhamdulillah dengan nafas yang kembali dihela, akan ku cuba untuk kembali menjadikan blogini sebagai tiari kehidupan aku yang bisa disingkap. Aku tidak kesah akan tahunya orang tentang kehidupan aku kerana akucuam seorang yang kecil sahaja. Kerdil bertanggam kelemahan.
Pada Julai 2015 aku melabuhkan tirai untuk berblogging kerana aku sedar banyak kesilapan dalam mengatur langkah hidup. Setelah itu aku cuba untuk membuka kembali harapan untuk kembali menaip sebab jari-jemari akudah gatal tapi pada September 2015 aku sekadar melepaskan batuk ditangga.
InshaaAllah Feb 2016 ini akan menjadi satu titik mula untuk aku kembali berblogging dengan penuh semangat. Semenjak munculnya instagram dalam hidup aku, ternyata aku lebih suka melakukan microblogging.
Tahun ini merupakan tahun yang menjadi cabaran buat aku. Aku sudah cukup kecewa dengan janji manis dan juga harapan palsu berkaitan dengan perkara yang melibatkan perguruan. ISMP UA yang kelihatan menjadi anak tiri yang teru menerus dibiarkan terkontang kanting. Untuk apa kursus perguruan dibuka kemudian tiada posting. Sangat mengecewakan apabila diperlakukan sebegini. Malas nak layan mainan politik ni. Buat jadi lebih bodoh dan tak berguna.
Banyak yang perlu difikirkan tahun ini berkenaan PTPTN dan juga career path. Fikir pasal posting sudah pastinya KPM dan SPP tidak akan sebelahkan ISMP UA. Mudah sahaja, hak tetap hak. Jika hak tidak ditunaikan maka ia menjadi 'hutang'. Jadi kalau tuntut di dunia tak berhasil adalah lebih baik tuntutan itu dibawa ke dalam kubur sampai ke akhirat.
Kenapa macam tu? Tak baik kata orang sebab rezeki kat mana-mana. Tapi setiap jalan untuk rezeki kena ada usaha. Aku dah berusah EMPAT tahun di UPSI untuk melayakkan diri measuki bidang perguruan tapi nampaknya seberang laut sana lebih beri manfaat maka sana diutamakan. Aku bukan berdengki tetapi menanyakan kemana usaha selama ini untuk menjadi seorang pendidik itu dibuang? Tak mengapa. Macam yang sudah aku perkatakan. aku tetap tuntut mahupun di akhirat sana. Terima kasih kerana memberi harapan palsu dan janji manis.
Cukup setakat itu sahaja untuk aku memperkatakan tentang ISMP/KPM/SPP buat masa ini sehingga timbul yang baharu selepas 'KPM Tidak Bercadang Untuk Mengambil Guru Tahun 2016'. Kita lihat sahaja bagaimana golongan muda ISMP yang tertindas ini melakukan suatu paradigma baharu terhadap senario politik sekarang. Sekarang ini golongan muda sedang mencari pihak yang boleh menolong dan membela mereka bukan membiar mereka terkontang kanting sepertiyang diperlakukan sekarang ini.
Cukuplah setakat ini sahaja. Bosan cerita pasal Dirty Filthy Politics.
ISMP akan terus Tuntut Penempatan