Tuesday, September 1, 2015

Bring Me Back To Life

Alhamdulillah...Kembali berblogging balik. Hehehe... Sebelum ini terasa seperti mahu saja untuk tidak meneruskan sebarang perkara berkenaan blog. Kalau sudah terbiasa dengan jari jemari yang gatal menekan papan kekunci mana bisa berhenti begitu sahaja.

Sekian lama mengharungi pertembungan antara jiwa dan perasaan akhirnya segala berjaya letuskan seperti supernova berlaku. 

 BOOM!!! 
Seterusnya hilanglah semua yang lalu. Terawang menjadi debu-debu yang bertebaran tidak berarah. Mungkin dari situ akan berlaku cantuman demi cantuman yang akan membina sebuah mercu baru. Hanya berfikiran positif dan yakin akan segala yang berlaku dengan penuh hikmah. 

Jatuh, sakit, luka dan tangis semua itu adalah rasa yang sengaja dipertemukan agar kita tahu untuk menghargai kehidupan ini.